Semoga hari-hari menjadi lebih dari yang sudah-sudah......
Setelah sekian lama tidak menulis, harapnya tahun ini ada banyak masa luang untuk membuat coretan walaupun hanya sebaris cuma!
Sunday, January 1, 2012
Monday, March 14, 2011
kembali
Setelah lama tidak menulis, ntah mengapa tiba-tiba teringat dengan laman ini yang tidak dijenguk sejak sekian lama. Sibuk menyibukkan diri atau memang betul-betul sibuk akupun tak pasti, heheh! Yang nyata sekarang rutin 3 tahun mentelaah di OUM telahpun tamat. Menunggu masa untuk mendapat tauliah pada Jun 2011 nanti, insyaAllah. Bersyukur kerana penat lelah dan kesakitan yang dirasa sepanjang tempoh tersebut telah berlalu. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Saturday, February 20, 2010
Lubang batu dan kolam kristal
Semenanjung Yucatan di utara Mexicoo bagaikan sebuah teras batu kapur yang rata dan rendah, terbentuk 2 juta tahun yang lampau timbul dari dasar laut. Lubang batu yang besar merupakan topografi batu kapur yang ditemui di semenajung Yucatan. Di barat laut semenanjung tersebut, ahli arkeologi turut menemukan gugusaan lubang-lubang batuan ini sejak zaman dulu.
Gugusan lubang tersebut dikatakan akibat ledakan besar. Lebih kurang 65 juta tahun silam, sebuah batu meteor menjunam ke bumi sehingga membentuk sebuah lubang raksasa dengan diameter mencapai 200 km. Abu yang ditimbulkan akibat ledakan ini menyelimuti segenap angkasa, sehingga mengubah cuaca, bahkan mengakibatkan banyak makhluk hidup di bumi mati dalam skala besar, termasuk dinosaurus.
Kolam Kristal
Di tengah hutan tebal juga di semenanjung Yucatan, tersebar ribuan “kolam kristal” yang misteri. Menurut laporan Reuters, para ilmuwan asal AS telah menjumpai “kolam kristal” tersebut tidak lama dulu, yang sekaligus membuka rahsia tentang dunia air bawah tanah. Hutan yang lebat ini menyembunyikan banyak “kolam kristal” tersebut, dimana kedalaman salah satu “kolam kristal” itu dapat mencapai 160 meter lebih dalamnya.
Jom pii Meksiko....!

Khasiat daun pegaga
Satu lagi amalan terbaru sejak dua menjak ni ialah minum jus pegaga.....
belakang rumah pun adaaa!
Khasiat pegaga:
Menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda dan sebagai rawatan selepas bersalin.
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotlye asiatica ialah sejenis ulaman popular orang Melayu. Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, dengan meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kajian terbaru menunjukkan pegaga memberi kesan yang positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan saluran darah dan kapilari. Ia juga telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Cara pemakanan: dibuat ulam, dibuat kerabu atau dibuat jus.

Sunday, January 10, 2010
Daun Misai kucing
Mula-mula aku beli sekotak dalam uncang tu macam ok jer. Emak beritahu dia ada tanam belakang rumah aku apa lagi pergi tengok. Ada idea baik buat sendiri jer. Sekarang aku makan produk keluaran sendiri laaa, heheh! Khasiatnya banyaaakkkk.....
Fakta
Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisonal. Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Ia telah terkenal sejak turun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arhritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan.
Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea dan Yoa Nuat Moeo. Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae .
Tumbuhan herba tropika Orthosiphon aristatus atau Misai Kucing kebiasaannya itanam di taman-taman atau halaman-halaman rumah sebagai pokok perhiasan kerana bunganya yang cantik.Walaupun tumbuhan Misai Kucing ini berasal dari Asia Tenggara dan Australia, namun kebaikannya dari segi perubatan kurang dihargai umum di rantau ini berbanding di lain-lain tempat dalam dunia.
Penjajah Belanda di Indonesia dahulu pernah mengambil herba ini sebagai minuman kesihatan untuk mencuci saluran darah dalam badan. Menyakini akan khasiat dan kebaikannya, mereka telah membawa herba ini pulang ke Eropah. Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England.
Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Daun Misai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air di dalam badan,
Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang.
Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi. Sementara penyelidikan klinikal Misai Kucing dari segi keberkesanannya merawat kencing manis (diabetes) masih sedikit, Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah melakukan ujikaji-ujikaji saintifik akan keberkesanannya merawat darah tinggi.Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).
Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran terutama kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal. Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal…
Sumber dipetik dari The Sun, Sabtu 2 September 2002.

Sunday, January 3, 2010
Saturday, June 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)