Tuesday, March 31, 2009

Sesajer!

Lamanya tak hapdet blog ni! Tak larat jer nak mengetuk keyboard sejak dua menjak ni. Esok dan lusa membz kan diri sebagai AJK acara sukan dan permainan antara sekolah-sekolah. Kena keluar lagi... kali kedua dah ni, tak puas ati gak cam takde orang lain kat sekolah ni! Sabtu dan ahad lak exam.... pehhh! langsung takde rest. Plan nak amik CRK jumaat ni dah aku lupakan! Biarlah bz sebz bznya! Masalahnya buku tak abis baca, ulangkaji tersangkut-sangkut! Kalaulah ada magik, semua isi buku tu masuk dan lekat dalam otak cam memory laptop aku ni, alangkah bahagianya hidup ini..... errmmm sah berangan!

Berpoye-poye jauh sekali! Rasanya dah berbulan aku tak menjenguk Parkson, Spring, Boullevard dan apa lagi ntah! Kalau tak, sure singgah manjang bila lalu jer area tu! Sekarang ni membeli-belah pegi kedai-kedai terdekat jer yang umpama jiran sebelah rumah adanya, bayar bil guna internet segalaaa.... malas nak berbaris kat kaunter. Semuanya mengejar masa! Rasanya masa begitu cepat berlalu dan bumi ini mungkin semakin jemu berputar menunggu saatnya untuk sampai ke titik noktah terakhir agaknya. Tu yang pejam celik, pejam celik tak sedar tahun bertukar ganti tanpa disedari. Kalaulah masa itu boleh diputarkan semula cam citer back to the future! Adakah aku akan jadi seperti aku yang hari ini? Yang pastinya, aku akan mengubah segalanya. Cisss! Berangan lagi....!

Perjuanganku akan tamat tahun 2010. Alahaiiiiiiiiiiiiii......... tang ni aku nak cepat sampai waktunya! Bule laaa berpoye-poye lepas tu, sampai ke Jepun! errrm berangan tak sudahhh...............

Sekian, rapuan terkini ketika tahap buhsan datang masa buat ulangkaji.