Rupa-rupanyer ada tetamu VIP iaitu YB Sh Husidah yang datang. Semasa turun tangga untuk ke dewan tak semena2 keta YB parking depan aku, su dan zakia! Terus jadi penyambut tetamu VIP secara tak rasminya. Sementara PK2 membawa tetamu kehormat melawat ke bangunan baru yang dalam pembinaan, kitorang terus cabut masuk dewan. Sayangnya GB tidak bersama kali ni sebab mengikuti kursus.
diorang ni tengah kusyuk dan tawaduk merenung juadah kat depan tu!
pose maut dah kenyang!
sempat pose dengan YBLepas sesi makan tu, geng yang lain sempat menapau makanan yang berlambak pastu balik. Aku terpaksarela menyertai AJK kemas mengemas. Aku kemas sekali makanan yang ada atas meja tu bawa balik, tingat sicecep kat rumah. Ambik mee kuah apa ntah dan laksa penang skit. Malas nak masak2 petang nanti! penat!
Untuk semua rakan-rakan dan staf di Astana, selamat hari raya, mohon ampun dan maaf jika terdapat gurauan atau tutur kata yang menyinggung perasaan sepanjang setahun, sembilan bulan, namblas hari aku menjadi sebahagian dari kalian




