Kan dah kata, Raya disambut sebulan! Hari ni sekolah mengadakan majlis ramah tamah aidilfitri, err jamuan makan lerrr.... kumpulan kitorang sponsor laksa sarawak dan buah-buahan. Pakar laksa, Cik Ati mengetuai kumpulan membuat laksa. Kami berlima, ati, saa, kak pah dan is berhempas pulas menyiapkan juadah, potong-memotong, siat menyiat bahan-bahan sambil mulut tak henti-henti mengunyah jajan...... akhirnya berjaya menyiapkan tugas. Yang lenlain, zakia, suhaya dan err aku lupa sapa lagi yang lain, sibuk menghias dan mencantikkan dewan( yang ni aku tak paham, asyik muka yang sama jer menghias kat situ!) agak-agak hiasan diorang sama taraf dengan eric leong gitu.... Dalam 9 orang ahli kumpulan kami, selalunya aku sorang selalu dipisahkan dalam AJK yang lain. Diorang sekurang-kurangnya ada laa berdua atau bertiga atau lebih dari tu! Dah banyak kali acara aku perhatikan! ada tapi jarang2, nyampahhh!
Rupa-rupanyer ada tetamu VIP iaitu YB Sh Husidah yang datang. Semasa turun tangga untuk ke dewan tak semena2 keta YB parking depan aku, su dan zakia! Terus jadi penyambut tetamu VIP secara tak rasminya. Sementara PK2 membawa tetamu kehormat melawat ke bangunan baru yang dalam pembinaan, kitorang terus cabut masuk dewan. Sayangnya GB tidak bersama kali ni sebab mengikuti kursus.
selagi tak abis ucapan YB ni, takleh makan!
kusyuk mendengar ker kusyuk bersembang?
diorang ni tengah kusyuk dan tawaduk merenung juadah kat depan tu!
YB memotong kek
ni sesi wajib!
pose maut dah kenyang!
sempat pose dengan YB
Lepas sesi makan tu, geng yang lain sempat menapau makanan yang berlambak pastu balik. Aku terpaksarela menyertai AJK kemas mengemas. Aku kemas sekali makanan yang ada atas meja tu bawa balik, tingat sicecep kat rumah. Ambik mee kuah apa ntah dan laksa penang skit. Malas nak masak2 petang nanti! penat!
Untuk semua rakan-rakan dan staf di Astana, selamat hari raya, mohon ampun dan maaf jika terdapat gurauan atau tutur kata yang menyinggung perasaan sepanjang setahun, sembilan bulan, namblas hari aku menjadi sebahagian dari kalian
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sodap nye jamuannn....
eh ada gamba baru kat blog, suri cam adik ipar kteh yg kecik sekali, cikgu gak.
Post a Comment