Thursday, December 25, 2008

Geng Pok Pek

Semalam tiga orang GPP datang berkunjung ke bilik, kak Iza, kakcen n wati.......... tak tergambar dan tak terungkap dengan kata-kata gumbiranya tak terkira! Datang gak diorang lewat petang tu. Cam doploh tahun tak jumpa. Sempat la jugak merakam gambar dalam kekecohan dan riuh rendah di samping suasana bilik yang haru biru.



bonzer sempoi!

saat-saat perpisahan....Balai Polis Masjid India menjadi saksi.

Terima kasih GPP. i lap u all. Jom tahun depan pi Pontianak lak, kita supeng sakan! Sesapa leh join, trip ke sana kita leh aturkan.

Wednesday, December 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia - Kelantan

Sebab terlalu bz bersupeng sejak sampai Kehel semalam, lambat laa hapdetkan blog! Apa2pun nak teruskan jurnal sepanjang minggu ni, heheh!

20bh Dis
Lama dah teringin nak melawat Kelantan. Negeri ke 14 yang menjadi penamat jelajah Malaysia sejak dua tiga menjak nih! Gumbira tak terkata! Tujuan utama shopping laaa.
Aku dan Atie menjejaki bumi Kelantan pada jam 4.50 petang. Nasib baik cuaca elok sepanjang penerbangan dari Kuching ke KL seterusnya ke Lapangan Terbang Kota Baru. Risau juga semasa awal pagi sebab cuaca di Kuching hujan lebat sepanjang minggu ni. Kami berdua menginap di kediaman makcik Noori, emak sedara Atie yang telah berkahwin dan menetap di Kelantan. Rumahnya lebih kurang cam istana hinggap errr, betul ker? Bantai jer laa... rumah pusaka kediaman bekas Datuk Laksamana, orang kanan Sultan Kelantan dan keturunan selepasnya, pada tahun 1940an gituu....(pak mertua makcik). Sampai di rumah petang tu kami berdua merehatkan diri di bilik yang telah disediakan, makan, minum, pok-pek2 dan apa-apa yang sepatutnya dan tidur. Kami berdua tak dibenarkan buat kerja apa pun sebab ada pembantu rumah, cukuplah sekadar membasuh tangan sebelum dan selepas makan adanya, heheh! errrrm turut jer laaa.....

depan bilik penginapan tingkat atas, senornyer aku sukakan besi arrow membentuk bulatan tu!

21hb Dis
Selepas sarapan yang kira2nya heavy breakfast, dengan nasi berlauk dan kuih-muih tradisi Kelantan, aku dan Atie menjelajah ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur, tempat membeli belah paling glemer kat Malaysia. Mak cik dan pak cik menjadi pemandu pelancong. Mak datuk! ramai lak pengunjung datang hari ni sebab hari ahad dan musim cuti sekolah. Sampai kat Rantau panjang terus menapak kat kedai aksesori dan barang kemas. Mak ampunnn.... mooorahhhhnyaaaaa........... rega berbanding dengan harga ketika membeli dengan orang lain, double n tripple berganda2!. Mata menjadi rambang seterusnya menjadi rabun nak memilih. Seterusnya kami sambung perjalanan ke Pengkalan Kubur, berhenti sekejap2 dan singgah melihat dan ambil gambar patung besar kat tokong yang pernah jadi kontraversi sedikit masa dulu.

memulakan perjalanan, nak jumpa TGNA, err tapi takder orang kat rumah, amik gambar jer laa....hehe! rumah dia di belakang rona hijau muda tu


Rantau Panjang, pemandangan di belakang ialah Sungai Golok, di seberang ialah tanah Siam/Thailand. Lepas amik gambar ni tak kose nak posing lagi sebab bz supeng membeli belahhhh

Berhala tidur yang menjadi kontraversi

Pantai Seri Tujuh, waterfront yang cantik pemandangannya menghadap laut.


22hb Dis
Hari ni kami dibawa makcik ke area bandar. Beli tudung bawal yang ada batu bata tu! Alahai harga boleh tahan dengan cantik yang pelbagai. Pas tu pusing keliling cari serunding dan apa-apa ntah... ermmm. Kalau nak, memang semua nak beli, memikirkan masalah nak mengangkutnya tu yang kena fikir banyak kali. Esok nak singgah KL lagi! Sib baik tak lepas ke seberang Golok, maunyer ada gak reta yang nak diangkut.

salah satu mercu tanda di bandar Kota Baru

Puas laa meronda kat sini walaupun masa amat terhad. Pada aku Kelantan ni tak laa mundur sangat seperti yang didengar sebelum ni. Bahkan banyak bangunan-bangunan baru dalam pembinaan. Paling menarik bagi aku ialah pasar malam lupa lak nama tempat tu, dibuka setiap malam sampai pagi. Banyak memberi kemudahan kepada orang ramai. Terlalu luas tempatnya dan bermacam jenis barang ada dijual kat sini. Dari makanan, pakaian sampailah ke barangan dapur. Balik dari pasar malam, keletihan cam nak tanggal kepala lutut dah ni haaa.....


23hb Dis
Jam 8.00 pagi, aku dan Atie dah berada di airport. Selamat tinggal Kota Baru! Alhamdulillah, akhirnya kutamatkan penjelajahan seantero Malaysia sejak tahun 1985 dengan jayanya. Panjang umur dan murah rezeki, aku akan datang lagi..............

Friday, December 19, 2008

Harga Sepasang Kasut

Tergelak baca cerita ujian mengenai kasut oleh kakcen dalam blog dia terlintas di kepala seminggu ni cerita hangat di negara Iraq tentang balingan kasut oleh seorang wartawan di Iraq yang ditujukan kepada Presiden Amerika, Bush. Aku fwd jer kesan dari sepasang kasut dan rentetan dari peristiwa tersebut. Heheh!


KAHERAH - Tindakan seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyebabkan dia mendapat tawaran perkahwinan dari Mesir.

Seorang lelaki Mesir, Saad Gumaa kelmarin menawarkan seorang anak perempuannya yang berumur 20 tahun untuk berkahwin dengan Muntazer yang membaling kasut ke arah Bush pada Ahad lalu di Baghdad.

Anak Saad, Amal berkata, dia bersetuju dengan cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu penghargaan terhadapnya.

"Saya mahu tinggal di Iraq, lebih-lebih lagi jika saya berkahwin dengan seorang hero," katanya.

Gadis itu merupakan pelajar di fakulti media di Universiti Minya tengah Mesir.

Saad memberitahu bahawa dia sudah menghubungi abang Muntazer, Dergham berhubung tawaran itu.

"Saya tidak mempunyai barangan yang lebih berharga melainkan anak saya untuk diberikan kepada Muntazer dan saya juga bersedia untuk perkahwinan itu," katanya.

Bagaimanapun, keluarga Muntazer masih belum memberi sebarang jawapan berhubung tawaran lelaki tersebut.

Muntazer, 29, ditahan selepas melemparkan dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Tindakan itu menobatkan dia sebagai hero oleh warga Arab yang kebanyakannya membenci Bush kerana menyerang Iraq pada 2003.

Dia membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. - Agensi


Ramai tukang kasut mengaku

BAGHDAD - Tukang kasut di seluruh Asia Barat berlumba-lumba untuk menaikkan nama masing-masing dengan mendakwa bahawa mereka ialah pembuat kasut bersaiz 10 yang digunakan untuk membaling Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembuat kasut dari Turki, Ramazan Baydan berkata, dia menghasilkan reka bentuk kasut yang dilontarkan oleh wartawan Iraq, Muntazer Al-Zeidi ke arah Bush pada Ahad lepas itu.

Sejak pengakuan itu disiarkan oleh media Turki, tempahan yang diterima dari Iraq untuk membuat kasut itu meningkat sebanyak dua kali ganda.

Akhbar Turki, Yeni Safak menyiarkan dakwaan Ramazan bersama-sama gambar kasut itu di bawah tajuk berita, 'Buatan Turki.'

Isu tersebut bertambah kusut apabila akhbar as-Safir di Lebanon turut menyiarkan berita muka depan yang mendakwa bahawa pembuat kasut itu ialah rakyat negara itu.

Bagaimanapun, abang Muntazer, Udai pula berkata, adiknya membeli kasut itu di Iraq dan ia bukan barangan yang diimport dari China seperti kebanyakan kasut di negara Asia Barat.

"Kasut itu seratus-peratus buatan Iraq dan bukan diimport dari Turki atau China," katanya. - Agensi


COSTA DO SAUIPE - Perbuatan seorang wartawan televisyen Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mencetuskan fenomena unik di seluruh dunia.

Selain tunjuk perasaan yang dilakukan di kebanyakan negara bagi menyatakan bantahan terhadap Bush yang melancarkan serangan di Iraq pada 2003, tindakan Muntazer itu turut menjadi bahan jenaka.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin berjenaka kepada para wartawan supaya tidak melempar kasut ke arahnya.

"Jangan lempar sebarang kasut," katanya kepada sekumpulan wartawan.

Jenaka da Silva tersebut mengundang ketawa di kalangan petugas media yang membuat liputan di Sidang Kemuncak Amerika Latin di sebuah resort tepi pantai di Bahia, Brazil.

"Keadaan di sini sangat panas dan sekiranya anda membuka kasut ia bakal mengeluarkan bau busuk," katanya.

Sementara itu di Afghanistan, sebuah pertunjukan komedi turut melakonkan semula aksi pembaling kasut tersebut ke arah Bush.

Pementasan itu berjudul Zang-i-Khatar tetapi kelainannya adalah muka Bush terkena kasut.

Bush tidak popular di kalangan kebanyakan penduduk di Afghanistan di mana tentera AS dan sekutu-sekutunya pernah menyerang negara itu bagi menggulingkan rejim Taliban.

Sementara itu, ejen-ejen perisikan memusnahkan sepasang kasut yang dibaling oleh Muntazer itu bagi memastikan ia tidak berisi bahan letupan.

"Kasut-kasut itu diperiksa oleh agensi perisikan AS dan Iraq dan dimusnahkan selepas itu," kata seorang hakim yang mengadili kes terhadap Muntazer. - Agensi

Wednesday, December 17, 2008

Mendekaaaaa!

Sejak dua menjak ni semakin liat nak hapdet blog ni! Bz manjang! Baru hari ni kepala rasa rengan setelah berhempas pulas ngadap buku. Semalam last paper. Subjek yang aku tak penah pelajari semasa di sekolah menengah! Ambik sebagai minor......sebab minat, hahaha! Subjek berani mati!

Cuti kali ni aku dan kawan aku Atie, plan g Kelate 20hb Dis. Esok, lusa, tulat rupanya! pehhh! Sebenarnya aku nak merasa berehat, nak tido sepuasnya apa kan daya, takk dapat jugak. Hari ni memenuhi jemputan makan2 kat rumah sepupu dengan adik aku yang baru balik dari Jeddah. Lepas tu balik kampung kejap menjengah ayahbonda, alaaa esok pun balik rumah kat kampung pas kemas dan bersihkan rumah ni. Minggu lepas lima hari lampu kat car porch tu tak ditutup, aku ingat hari ke enam tu dah meletup agaknya sebab panas. Sib baik selamat lagi masih on. Esok nak beli bateri keta aku yang tersadai seminggu kat rumah abang long. Lusa nak siapkan barang2 nak travel ni!

Sebenarnya kalau cuti panjang cam ni aku ada plan dengan adik perempuan bawak anak2 sedara g piknik ke tak pun bawak diorang g kolam renang, errmmm....Kali ni tak menyempat la nak buat!

dah lupa tahun bila piknik sini!


Ni lak wajah2 yang dekat di hati........
Rizkullah 4 tahun anak abang yang nombor 4, banyak bertanyakan soklan kontraversi. Bab mengaji muqadam, nak tahu makna apa yang dibaca!

Husnul 9 tahun, kakaknya yang tak banyak cakap. Sepatah tanya, setengah jawab.

Maisarah mmasuk 3 tahun, tak kenal daddynya yang balik bercuti dari Jeddah setelah 10 bulan berlalu. Ditanya siapa, jawabnya 'orang!'

Cepatnya masa berlalu! Tinggal beberapa hari lagi nak tamat tahun 2008. Alahai....!

Friday, December 5, 2008

Kejadian Langit dan Bumi Daripada Asap

Kejadian Langit dan Bumi Daripada Asap


Galaksi NGC ke-4414.

Dalam surah al-Fussilat ayat 11 Allah berfirman yang bermaksud,

“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘Kami datang dengan tunduk’.

Langit dan bumi di peringkat awal dahulu adalah kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud ialah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi.

Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata,

“Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan dalam al-Quran.”

Kalimat yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap ialah dukhan. Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.

Ketika menceritakan tentang asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu.

Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas, fog of neutral hydrogen and helium. hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti “awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi” dan yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh tentang kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi merupakan satu objek maka langit yang difirmankan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. Kesemua objek ini lahir daripada asap.

Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik ialah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu.

Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.

Selepas 300,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi, planet dan bumi. Hal ini disebutkan dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press, New York, 1993).

Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Remnants Of The Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000, Keay Davidson melaporkan bahawa para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.

National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico.News Release, pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made Of Atoms Formed In First Stars, melaporkan tentang satu penemuan yang menunjukkan bahawa di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas telah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.

Pada tanggal 25 November 1999, di bawah tajuk Puzzle Of Galactic Evolution Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis daripada Universiti Wisconsin-Madison. Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selama ini menghantui pakar-pakar astronomi. Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting untuk melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini.

Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.

Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarikh 2 Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could Be Clouds of Gas, dilaporkan bahawa pihak NASA di Chandra X-Ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.

Kita boleh simpulkan bab ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescope Science Institute di [Only Registered Users Can See Links. Click Here To Register]. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, “Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang-bintang.” Penemuan-penemuan ini dan yang seumpamanya mengesahkan kebenaran al-Quran yang terdapat dalam surah Fussilat ini.

fwdd

Saturday, November 15, 2008

Misteri Bahtera Nabi Noh


"Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun..

Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar sama..

Sedang orang2 Islam dudk berpeluh tubuh,langsung tak ambil tahu tentang The Great Noah Ark itu, pihak2 CIA telah menggunakan satelit dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon.





Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud
'Gunung Kesengsaraan' atau dgn nama lainya iaitu Gunung Ararat.
Namun, hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya. Yg sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sahingga ke hari ini, Cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Gunung Ararat & dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya, kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri hanya semata2 kerana gambar tersebut.

Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati secara misteri..

Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera..??

Mengapa..??

Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Gunung Ararat itu? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark..

Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum djumpai,kerana selama itu orang menafikannya..

Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar..

Sebnarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yg kita emua bayangkan.

Hakikatnya pada zaman mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu.

Di kaki gunung Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri
elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam (hari ini kita menggunakan karban & zink,bateri purba menggunakan tembaga
dan besi, namun begitu ianya tetap boleh berfungsi dgn baik)

Kalau nak diikutkan kecanggihan orang2 zaman dulu, memang banyak, Contohnya orang2 Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yg menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka. Mereka menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawa dingin semula jadi.

Baru2 ni di China, seorang mumia permpuan yg telah ditanam 2,100 tahun dijumpai dengan badannya tidak jejas apa2. Apabila di x-ray, Saintist terperanjat..mana tidaknya, makanan terakhir di dalam ususnya pun masih
lagi tidak musnah. Teknologi skrg pun tak bole mencapai tahap begitu..

Orang2 Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu 365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari. Bayangkan betapa majunya..

Baiklah,mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer. Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ..

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya langsung tak sama dgn bentuk kapal laut skrng. kalau nak tau rupa bentuk "Noah Ark" sebenarnya ialah lebih kurang seperti kotak kasut..

Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Gunung Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat.

"Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ni. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut'. Tidak cantik, tapi sangat berfungsi.



Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Utk pgthuan semua > cubit
itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan olh orang2 zaman dahulu. Kalau diambil 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi dlm anggaran.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi.

Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Dan saintis tak tahu berapa tan berat binatang yg berada kat dalam bahtera. Tapi,ini semua kiraan anggaran sahaja.
Kalau The Great Noah Ark ini berada di Gunung Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar?

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq.

Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turki, kemungkinan ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu..

Sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah dijumpai. Sebuah 'sauh' purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh tulah yg digunakan oleh 'Nabi Nuh' untk mendarat ke puncak Gunung Ararat.

Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Wallahuallam..

Pada tahun 1917, Maharaja Russia, Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera/saintis/tentera dlm usaha mencari dan menyelidik The Great Noah Ark itu.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Gunung Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' itu.

Dalam keadaan kagum, mereka mengambil gambar sebanyak yg boleh. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu adalah berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi (bahagian selebihnya tenggelam didalam salji)

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist - 1917 meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Kalau dari sebelah selatan, Gunung Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yg curam. Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.

Gunung Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah' itu dulu. Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasier dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasier itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin, hujan dan salji. Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turki.

Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran, Turkey".







Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turki & Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turki.

Keluasan dasar (bawah) Gunung Ararat itu kira2 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki.Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan jatuh ke dalam jurang Ahora..

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Gunung Ararat (Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977)

Noah Ark Kelihatan Dari - Air Force One (Flight Peribadi US) President. Mr.Ronald Bennet adalah bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar La Jolla, California, membuat pengakuan:

"Saya adalah jurufoto dan wartawan ygb meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana2 bagi membuat laporan tentang aktiviti US. President.

Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap. Kami nampak dengan jelas.." sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar. Sebahagiannya ditutupi dgn airbatu."

Gambar The Noah Ark Yg Hilang
Seorg jurutera minyak telah menaiki helikopter di bhg Utara Gunung Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba2 dia terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dgn rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar2 yg tlh diambil olehnya itu kpd semua rakan2 di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspedisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa
almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digelidah org 10 hari sebelum kejadian.

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang. Ramai kwn2 baik
jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inci dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi
Seorang Paderi Christian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana telah membuat pengakuan pada sebuah media, ada seorang kawannya, seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Gunung Ararat.

Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana2. Dan keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar', anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu.
Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. Mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

"suara dari telapak kaki"

Monday, November 3, 2008

Penghujung syawal

Minggu lepas nak story sal kawan-kawan kat tempat aku bertugas tak menyempat. Tak terasa dekat dua tahun dah aku kat sekolah baru ni. Gambar ni dirakam ketika kami err sebenarnya aku ler berada di tahap keboringan yang melampau!

Mereka ni patut di ISA kan sebab mendera anak orang...... bebaskan kami!

perasan cun!


heppi awerr



Susah nak kumpulkan semua geng ni, sorang takde, jadi halimunan!


Hari ni unit kami bermesyuarat, banyak benda dibincangkan. Riuh rendah cam kat pasar ikan atau cam kat zoo pun ada bunyiknyer.
gaduh jangan tak gaduh!


cam nak gigit jer diorang ni sorang2, sabar jer la! baik kugigit kuku jariku!

Sempat wish besday untuk bos! samat hari jadi, semoga tahun depan lebih produktif dan innovatif, hihihi! jangan marahhh, nanti kena juai bos!

KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Nak hapdet gak blog hari ni tapi otak blurrrr jer... bz manjangggg.....! Apa-apa pun jom baca tajuk ni.....

INFO : Keajaiban Saintifik Al-Qur'an

Keajaiban Saintifik Al-Qur'an

Oleh ustzul



KEWUJUDAN ALAM SEMESTA

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat; 47)

Edwin Hubble

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud 'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa 'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

ORBIT

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat; 7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

BENTUK SFERA BUMI

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)

Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

BUMBUNG PROTEKTIF.

Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;

Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)

Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.

PENGITARAN DI ATAS LANGIT.

Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.

Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian' .

Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.

Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.

Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.

Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.

Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.

Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.

LAPISAN ATMOSFERA

Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit' , yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

Thursday, October 16, 2008

Jamuan lagi....

Kan dah kata, Raya disambut sebulan! Hari ni sekolah mengadakan majlis ramah tamah aidilfitri, err jamuan makan lerrr.... kumpulan kitorang sponsor laksa sarawak dan buah-buahan. Pakar laksa, Cik Ati mengetuai kumpulan membuat laksa. Kami berlima, ati, saa, kak pah dan is berhempas pulas menyiapkan juadah, potong-memotong, siat menyiat bahan-bahan sambil mulut tak henti-henti mengunyah jajan...... akhirnya berjaya menyiapkan tugas. Yang lenlain, zakia, suhaya dan err aku lupa sapa lagi yang lain, sibuk menghias dan mencantikkan dewan( yang ni aku tak paham, asyik muka yang sama jer menghias kat situ!) agak-agak hiasan diorang sama taraf dengan eric leong gitu.... Dalam 9 orang ahli kumpulan kami, selalunya aku sorang selalu dipisahkan dalam AJK yang lain. Diorang sekurang-kurangnya ada laa berdua atau bertiga atau lebih dari tu! Dah banyak kali acara aku perhatikan! ada tapi jarang2, nyampahhh!

Rupa-rupanyer ada tetamu VIP iaitu YB Sh Husidah yang datang. Semasa turun tangga untuk ke dewan tak semena2 keta YB parking depan aku, su dan zakia! Terus jadi penyambut tetamu VIP secara tak rasminya. Sementara PK2 membawa tetamu kehormat melawat ke bangunan baru yang dalam pembinaan, kitorang terus cabut masuk dewan. Sayangnya GB tidak bersama kali ni sebab mengikuti kursus.
selagi tak abis ucapan YB ni, takleh makan!


kusyuk mendengar ker kusyuk bersembang?


diorang ni tengah kusyuk dan tawaduk merenung juadah kat depan tu!


YB memotong kek


ni sesi wajib!


pose maut dah kenyang!


sempat pose dengan YB


Lepas sesi makan tu, geng yang lain sempat menapau makanan yang berlambak pastu balik. Aku terpaksarela menyertai AJK kemas mengemas. Aku kemas sekali makanan yang ada atas meja tu bawa balik, tingat sicecep kat rumah. Ambik mee kuah apa ntah dan laksa penang skit. Malas nak masak2 petang nanti! penat!

Untuk semua rakan-rakan dan staf di Astana, selamat hari raya, mohon ampun dan maaf jika terdapat gurauan atau tutur kata yang menyinggung perasaan sepanjang setahun, sembilan bulan, namblas hari aku menjadi sebahagian dari kalian

Saturday, October 11, 2008

Ziarah Raya



Sebenarnya raya kali ni cam raya tak raya ler, walaupun aku dah hangkut ayahbonda ke rumah baru. Sebenarnya sehari sebelum raya tu ada cubaan nak menceroboh rumah aku. Pagi tu aku keluar kul 1030 pagi hantar anak sedara aku balik rumah emak dia pastu g bank, beli belah sikit then lepak kat kedai adik aku(dekat jer dengan rumah)sambil menunggu sicecep adik yang bongsu tu balik keja. Dah janji nak keluar ke bandar lak petang tu. Tahu jer laa esoknya nak raya, sesaknya pasaraya dan jalanraya sampai napas aku pun sesak gak dibuatnya. Sampai rumah dalam kul 730 malam(kat sini gelap dah) aku terpanjat doggg nengok sebelah pintu pagar rumah aku dah terbuka luas. Penceroboh tu tak nampak, mungkin nak kompom tuan rumah tak balik2 pastu nak pecah rumah dan mengangkut agaknya. Langkah drastik aku tambah mangga di dalam dan luar pagar, tambah satu lagi mangga di balik pintu dalam rumah. Plan balik kampung malam tu 50-50. Tapi balik jugak, tengah malam tu minta tolong adik n anak2 dia tidur kat rumah aku jugak.... Terpaksa rela gak la rasanya diorang bermalam situ. Paginya diorang balik beraya rumah mentua dia.

Insiden kedua lak masuk hariraya ke empat kul 215 pagi, aku yang masih jaga di tingkat bawah tengah membuat asgmnt yang tak reti nak habis, dikejutkan oleh bunyi mangga pagar depan rumah seperti dibuka. Aku kejutkan sicecep dan ipar lelaki yang turut ada dok rumah malam tu, diorang berjaga sampai ke pagi keliling rumah dengan parang kontot. Tak sempat apa dah si penceroboh dah hilangkan diri. Alahai... nak ziarah raya pun tak senang hati tinggalkan rumah apa lagi kalau waktu malam. Siangnya baru laa aku dapat melangkah beraya ke rumah staf kawan rapat dan mak sedara, er adalah dalam 6 buah rumah, itu jer yang aku sempat pegi.... errr raya kan sebulan!

Hari ni pulak ke rumah terbuka seorang kawan aku mama comel tu, di Kota Samarahan. Dulunya tempat siswa UNIMAS tapi dah dipindahkan ke kampus mereka yang sudah siap. Lama dah teringin nak masuk ke situ tapi tak berkesempatan. Kan apa rumah kat situ best jer aku tengok, aman damai sejuk jer mata memandang.

Nin dia haaa..... latar belakang tu kawasan kediaman. Tuan rumah berbaju biru, yang baju kuning cekelat tu kawan aku laa er pangkat mak datin, baju putih drebar kitorang hari ni, hahaha!

posing sakan!

Balik umah dah ni!

Boringnyanya esok ada kelas!

Selamat Hari Raya!

Saturday, October 4, 2008

Selamat Hariraya

Malam ni err pagi ni sebenarnya kul 138 AM dah........ kugagahi juga nak menulis sikit kalu tak bersawang lagi laaa.... Masuk raya ke 4 dah aku online time yang lebih kurang sama akhirnya berjaya gak aku mengetuk keyboard ni. Sebelum ni aku tertido depan laptop, ingat nak cari bahan buat assigment sambil hapdetkan blog ni. Sedar2 aku dah sejam dua terlelap! pehhh...!!! Citer raya kali ni kecoh, beraya kat rumah baru laa, aku bawak ler ayahbonda dan adik lelaki aku raya kat tempat baru. Aku balik kampung sehari sebelum raya, kemas sikit rumah kat kampung malam tu sampai kul 2 pagi. Selepas sembahyang raya angkut harta benda aku yang belum habis dibawa, hehehe! Rumah aku siap kemas ala kadar jer la almaklum baru pindah dan last minute plan nak raya kat situ. Wayar astro masih melintang atas lantai sebab tak sempat nak beli dan sambung kat sudut yang aku ubah. Lantaklaa!

Raya pertama relax jer, lom ramai tetamu cuma adik badik yang singgah. Sedara mara yang lain tak tau lagi lokasi rumah aku ni, bahkan tak tau pun aku pindah rumah. Raya pertama siap angkut ayahbonda sekali err tapi masa ni jer laa, nak duduk lama2 susah sikit, biasalah orangtua kan! Raya kedua hp aku dah mula panazzz sebab sedara mara yang datang kat kampung tak jumpa ayahbonda. Petang tu, tetiba lak ayahnda aku kena demam panas, siannn.... nampak gaya aku kena duduk rumah jer laa. Klinik lak tutup malam tu. Risau sungguh! Sib baik siang tadi dah bukak. Bila anak2 buah dia dapat tau, lagi ramai yang datang menjenguk. Selepas maghrib baru dia dapat bangun dan duduk bersembang macam biasa.... kalau tak, bangun semayang jer pastu terbaring. Haaa sampai laaa hari ni aku tak menang kaki tangan........

Terbantut jap menaip....ada bunyik kat pagar rumah aku isskkhh.......penceroboh ker?

Sekarang dah kul 233 AM harap2 esok aku leh sambung.....

Tuesday, September 23, 2008

Kampungku

Suatu sudut di kampungku yang tak pernah kujejak! Ni cerita betul, sebab lama tak menetap duduk kampung aku tak tahu pun begini rupanya pemandangan cantik yang aku jumpa masa melayari internet sat tadi. Pehhh! Yang paling dahsyat aku tak kenal pun Tok Penghulu sehinggalah aku melapor diri tempat baru bertugas bila dapat transfer tahun lepas. Ada insiden memalukan berlaku sebenarnya. Hahahaaa! Malas nak citer!

Jeti ke Bako National Park



Alaaa.... tak boleh salahkan aku 100%. Aku sekolah dulu darjah satu jer kat kampung. Pas tu darjah dua pindah kat bandar. Tak sampai setahun pindah lagi sekolah lain sampai la dapat kerja lagi jauh dari kampung halaman, balik sekali sekala masa cuti. Dah tua bangka ni baru dapat balik semula....tu yang macam orang asing jer!

Sebenarnya kampungku menjadi tumpuan pelancong yang datang dari jauh dan dekat. Ia terletak berdekatan dengan salah satu Taman Negara yang terkecil di Asia Tenggara. Omputeh yang datang ke Bumi Kenyalang pasti singgah kat sini ler bagi yang suka meredah pantai, hutan dan bukit bukau. Pendekkan citer, redah jer laa gambar ni haa...

Bako National Park

Kakcennn.... apa tunggu lagi, pakat ler dengan GPP beli tiket kapatebang,mai ler......heheh!

Sunday, September 21, 2008

Deco lagi....





Hari ni kul 615 pagi aku dah panaskan enjin keta. Tunggu kawan aku kak T sesama gi kuliah. Keta dia ditinggalkan kat rumah aku. Sib baik kelas kul 10 dapat ditukarkan awal kul 8 so boleh balik awal kul 320 petang. kalau tak sampai kul 540 tamat. Balik jer rumah, aku semangat nak kemas lagi. Hehe! Kan apa dalam risau2 nak raya ni takut banyak benda tak beres. Sebenarnya baru 40% siap kemas itupun kat tingkat bawah jer! Tingkat atas kosong, semua bilik kat atas belum pasang langsir, belum dimasuki errr belum didiami dalam erti kata sebenarnya huhuhu! Ingat esok lusa nak bereskan tingkat atas tu pulak! Kat keliling rumah lak malas nak pk, bior ler! Pokok jagung tu pun ok gak, hahahah...lawak jer cam duduk lam kebun nampak dari luar! Kalau pokok jagung tu aku tebas kecik lak ati bonda tercinta! Jenuh dia mencari benih dari Taiwan tu! Lagipun masa dia tanam hari tu, belum ada perancangan nak terus duduk situ...ermmmm. Tapi bila pas cuba tido satu malam dan berjemaah satu keluarga, dia syorkan terus menetap dalam sebulan kononnya eheh! Yang bestnya aku suka, paling dekat nak ke sekolah, ke bandar, ke kampung, ke rumah ketua menteri dan sebagainya eheh!

Redah jer laaaa............. err ada sesapa nak sponsor cam rancangan Eric Leong tu mehh ler.....! Jangan memalu!

Saturday, September 20, 2008

Home deco



Nak tunggu Eric Leong datang buat kezutaan buat deco ni berangan jer lerrr...! Sakit kaki ni haa...!satu hari kemas rumah pasang langsir, tarik perabut. Sib baik Sicecep tu ada pakukan simen gantung langsir dan frame kat dinding. Tengok jam dah 5.38 petang. Orang berbuka kul 6.38. Kepoh ajak Sicecep keluar beli makanan siap, nasib baik dekat rumah jer! Tengok makanan yang dijual tak selera laa pulak, so aku beli yang panggang2 jer tu then lalu tempat jual ikan ada udang, aku beli jer laaa....plan buat butter prawn. Sempat ke tak masak ni? Redah jer laaa...On d way nak balik rumah, cina kedai perabut yang aku book almari kayu antik tu, err almari pelik sesua, call nak hantar. Alamak! lupa nak call beritahu tangguh sampai dapat gaji hantar. Pehhh dia hantar juga ke rumah. Kelam kabut balik rumah, masak nasi dan siang udang. Almari tu pun sampai, berhenti kejap...... then sambung masak. Hphone lak berdering! Ayahnda tanya jadi tak balik kampung? Jauh selang 20 minit jer ehehe! Janji nak balik hari ni tapi sebab banyak benda belum settle, tu yang tak ingat nak beritahu tak jadi balik menjenguk. Isskkhh... kenapa ler semua nya lupa hari ni? Sicecep lak lepas berbuka baru balik. Ah sambung balik masak. Tup-tup! Allahu akbar...allahu akbar! Berbuka pusa dah! Haaa... minum dulu makan kurma sebijik, then sambung masak udang! Menda laaa hari ni....? Esok?

Esok............... kuliah laaa pulakkkkkk!!!!! Bila nak rehat ni??????

Thursday, September 18, 2008

Kisah Benar .. Lailatul Qadar

Aku foward jer tajuk ni, terbaca tadi baik dikongsi bersama......

"LAILATUL QADAR..

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH
MEMERINTAH.

AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU
IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.

NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS
KENYANG BERSAHUR.

AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.

GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA
DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.

ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN
KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR
AKU.

"KENAPA?" TANYA ABAH.

"LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.

"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH
TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH," SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.

KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGAN
MELAWAN. KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU
CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.


Moral of the Story:

Rajin2 lah balik kekampung, dan masa balik ke kampung tu singgah-singgah la sama Masjid or Surau, sama2 berjemaah, leh jumpa kawan2 lama.. kut ader lagi

Jangan asyik marah kaum lain membangkang Azan terlalu kuat... kita nie adakah bila dengar Azan kita pi ke Masjid terus.. ?? pikir pikir kan

Semoga mendapat Keberkatan di bulan yang mulia ini.. "

Jagung oh jagung!


Pokok jagung ni subur jer kat belakang rumah, bukan kite yang tanam, bonda kiter laaa.... takde plan nak pindah rumah masa tu! Bila dah pindah ni on jer terus beraya kat situ. errr yang pasti hariraya nanti rumah kiter dikelilingi pokok jagung! heheh!

Thursday, September 11, 2008

Selamat berpuasa



Bz pindah rumah, tutorial dah mula, asgmt dah berlambak, tugas harian tak reti nak habis, tu pasal lama tak menjengah sini. Bersawang laa gamaknya. Letihnya bab pindah randah ni! Barang rumah banyak lagi belum diangkat. Duit pun banyak keluar nak bayar itu ini, buat begitu begini, tambah ubah gitu-gitu-gini-gini! Dah ler bulan puasa, tak lama lagi raya.......... hendak tak hendak kena bereskan urusan pindah rumah baru nisebelum aidilfitri menjelma. Letihhhhhhhhnyaaa.....!