Tuesday, September 23, 2008

Kampungku

Suatu sudut di kampungku yang tak pernah kujejak! Ni cerita betul, sebab lama tak menetap duduk kampung aku tak tahu pun begini rupanya pemandangan cantik yang aku jumpa masa melayari internet sat tadi. Pehhh! Yang paling dahsyat aku tak kenal pun Tok Penghulu sehinggalah aku melapor diri tempat baru bertugas bila dapat transfer tahun lepas. Ada insiden memalukan berlaku sebenarnya. Hahahaaa! Malas nak citer!

Jeti ke Bako National Park



Alaaa.... tak boleh salahkan aku 100%. Aku sekolah dulu darjah satu jer kat kampung. Pas tu darjah dua pindah kat bandar. Tak sampai setahun pindah lagi sekolah lain sampai la dapat kerja lagi jauh dari kampung halaman, balik sekali sekala masa cuti. Dah tua bangka ni baru dapat balik semula....tu yang macam orang asing jer!

Sebenarnya kampungku menjadi tumpuan pelancong yang datang dari jauh dan dekat. Ia terletak berdekatan dengan salah satu Taman Negara yang terkecil di Asia Tenggara. Omputeh yang datang ke Bumi Kenyalang pasti singgah kat sini ler bagi yang suka meredah pantai, hutan dan bukit bukau. Pendekkan citer, redah jer laa gambar ni haa...

Bako National Park

Kakcennn.... apa tunggu lagi, pakat ler dengan GPP beli tiket kapatebang,mai ler......heheh!

Sunday, September 21, 2008

Deco lagi....





Hari ni kul 615 pagi aku dah panaskan enjin keta. Tunggu kawan aku kak T sesama gi kuliah. Keta dia ditinggalkan kat rumah aku. Sib baik kelas kul 10 dapat ditukarkan awal kul 8 so boleh balik awal kul 320 petang. kalau tak sampai kul 540 tamat. Balik jer rumah, aku semangat nak kemas lagi. Hehe! Kan apa dalam risau2 nak raya ni takut banyak benda tak beres. Sebenarnya baru 40% siap kemas itupun kat tingkat bawah jer! Tingkat atas kosong, semua bilik kat atas belum pasang langsir, belum dimasuki errr belum didiami dalam erti kata sebenarnya huhuhu! Ingat esok lusa nak bereskan tingkat atas tu pulak! Kat keliling rumah lak malas nak pk, bior ler! Pokok jagung tu pun ok gak, hahahah...lawak jer cam duduk lam kebun nampak dari luar! Kalau pokok jagung tu aku tebas kecik lak ati bonda tercinta! Jenuh dia mencari benih dari Taiwan tu! Lagipun masa dia tanam hari tu, belum ada perancangan nak terus duduk situ...ermmmm. Tapi bila pas cuba tido satu malam dan berjemaah satu keluarga, dia syorkan terus menetap dalam sebulan kononnya eheh! Yang bestnya aku suka, paling dekat nak ke sekolah, ke bandar, ke kampung, ke rumah ketua menteri dan sebagainya eheh!

Redah jer laaaa............. err ada sesapa nak sponsor cam rancangan Eric Leong tu mehh ler.....! Jangan memalu!

Saturday, September 20, 2008

Home deco



Nak tunggu Eric Leong datang buat kezutaan buat deco ni berangan jer lerrr...! Sakit kaki ni haa...!satu hari kemas rumah pasang langsir, tarik perabut. Sib baik Sicecep tu ada pakukan simen gantung langsir dan frame kat dinding. Tengok jam dah 5.38 petang. Orang berbuka kul 6.38. Kepoh ajak Sicecep keluar beli makanan siap, nasib baik dekat rumah jer! Tengok makanan yang dijual tak selera laa pulak, so aku beli yang panggang2 jer tu then lalu tempat jual ikan ada udang, aku beli jer laaa....plan buat butter prawn. Sempat ke tak masak ni? Redah jer laaa...On d way nak balik rumah, cina kedai perabut yang aku book almari kayu antik tu, err almari pelik sesua, call nak hantar. Alamak! lupa nak call beritahu tangguh sampai dapat gaji hantar. Pehhh dia hantar juga ke rumah. Kelam kabut balik rumah, masak nasi dan siang udang. Almari tu pun sampai, berhenti kejap...... then sambung masak. Hphone lak berdering! Ayahnda tanya jadi tak balik kampung? Jauh selang 20 minit jer ehehe! Janji nak balik hari ni tapi sebab banyak benda belum settle, tu yang tak ingat nak beritahu tak jadi balik menjenguk. Isskkhh... kenapa ler semua nya lupa hari ni? Sicecep lak lepas berbuka baru balik. Ah sambung balik masak. Tup-tup! Allahu akbar...allahu akbar! Berbuka pusa dah! Haaa... minum dulu makan kurma sebijik, then sambung masak udang! Menda laaa hari ni....? Esok?

Esok............... kuliah laaa pulakkkkkk!!!!! Bila nak rehat ni??????

Thursday, September 18, 2008

Kisah Benar .. Lailatul Qadar

Aku foward jer tajuk ni, terbaca tadi baik dikongsi bersama......

"LAILATUL QADAR..

"LEPAS BASUH PINGGAN, IKUT ABAH PERGI MASJID," KATA ABAH SEPARUH
MEMERINTAH.

AKU MEMANDANG KEPADA EMAK. EMAK ANGGUK SAHAJA. MAKSUDNYA EMAK MAHU AKU
IKUT ABAH SOLAT SUBUH KE MASJID. JANGAN MELAWAN.

NAMPAKNYA, AKU KENA BATALKAN NIAT UNTUK SAMBUNG TARIK GEBAR SELEPAS
KENYANG BERSAHUR.

AKU BONCENG DI BELAKANG. KAMI TIDAK PAKAI HELMET. KOPIAH SAHAJA.

GANJIL. DALAM CAHAYA SURAM MENJELANG SUBUH, AKU LIHAT KUBAH MASJID BERADA
DI TANAH. BUKAN DI BUMBUNG MASJID. AJAIB.

ABAH MACAM TIDAK NAMPAK KEGANJILAN ITU. AKU CUIT BAHU DIA DAN TUNJUKKAN
KE ARAH KUBAH YANG BERADA DI TANAH. MUNGKIN KUBAH ITU TENGAH SUJUD FIKIR
AKU.

"KENAPA?" TANYA ABAH.

"LAILATUQADAR," KATA AKU DENGAN JARI MASIH MENUNJUK KEPADA KUBAH.

"KEPALA OTAK ENGKAU. BERAPA LAMA ENGKAU TAK KE MASJID?"

TIDAK PASAL-PASAL AKU KENA MARAH. ROSAK PENGALAMAN SUCI AKU INI.

"DIORANG TENGAH RENOVATE MASJID LA. BUMBUNG MASJID BOCOR.. PASAL TU KUBAH
TU DORG ANGKAT LETAK KAT TANAH..BODOH," SAMBUNG ABAH MEMAKI LAGI.

KALAU EMAK ADA DI SINI TENTU DIA ANGGUK SAHAJA. TERIMA SAHAJALAH. JANGAN
MELAWAN. KADANG-KADANG ABAH LUPA YANG AKU TIDAK DUDUK KAMPUNG LAGI. AKU
CUMA PULANG UNTUK CUTI RAYA.


Moral of the Story:

Rajin2 lah balik kekampung, dan masa balik ke kampung tu singgah-singgah la sama Masjid or Surau, sama2 berjemaah, leh jumpa kawan2 lama.. kut ader lagi

Jangan asyik marah kaum lain membangkang Azan terlalu kuat... kita nie adakah bila dengar Azan kita pi ke Masjid terus.. ?? pikir pikir kan

Semoga mendapat Keberkatan di bulan yang mulia ini.. "

Jagung oh jagung!


Pokok jagung ni subur jer kat belakang rumah, bukan kite yang tanam, bonda kiter laaa.... takde plan nak pindah rumah masa tu! Bila dah pindah ni on jer terus beraya kat situ. errr yang pasti hariraya nanti rumah kiter dikelilingi pokok jagung! heheh!

Thursday, September 11, 2008

Selamat berpuasa



Bz pindah rumah, tutorial dah mula, asgmt dah berlambak, tugas harian tak reti nak habis, tu pasal lama tak menjengah sini. Bersawang laa gamaknya. Letihnya bab pindah randah ni! Barang rumah banyak lagi belum diangkat. Duit pun banyak keluar nak bayar itu ini, buat begitu begini, tambah ubah gitu-gitu-gini-gini! Dah ler bulan puasa, tak lama lagi raya.......... hendak tak hendak kena bereskan urusan pindah rumah baru nisebelum aidilfitri menjelma. Letihhhhhhhhnyaaa.....!