Wednesday, June 17, 2009

Roda Kereta Firaun di Laut Merah? fwd



MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.
Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.
Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.
Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.
Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.
Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.
Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.
Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.
Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.
Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900m di sisi ke arah Arab.
Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter.
Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.
Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan, berapa gaya (tenaga) yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1,800 meter untuk membolehkan ratusan ribu pengikut Nabi Musa melaluinya.
Tujuh kilometer
Menurut tulisan lain dikatakan jaraknya mencapai tujuh kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberangi sekitar empat jam.
Kajian sebuah perhitungan, dianggarkan diperlukan tekanan sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.
Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, sekurangnya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan malar 30 meter/detik (180 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu empat jam.
Sungguh aneh dan ajaib ciptaan Allah SWT. Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Firman Allah bermaksud: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (az-Zukhruf: 55-56).
Menurut pendapat lain, kata yang diterjemahkan sebagai Laut Merah (Red Sea) sebenarnya adalah Laut Alang-Alang (Sea of Reeds). Kata ini dikenal sebagai Laut Merah, namun Laut Alang-Alang sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada pantai Laut Tengah di Mesir.
Dalam Perjanjian Lama, ketika menyebutkan jalur yang diambil oleh Nabi Musa dan para pengikutnya, ia terletak di utara Delta Nil di pantai Mesir.
Sebagai implikasinya Laut Alang-Alang mendukung kemungkinan bahawa kejadian tersebut terjadi di pantai Mesir, kerana di daerah ini sesuai dengan namanya, banyak tumbuh alang-alang berkat tanah lumpur delta.
Pendapat majoriti terkini mengenalpasti Laut Merah dalam Eksodus sebagai sebuah laguna di pantai Laut Tengah yang terletak di sebelah utara delta di sekitar Semenanjung Sinai.
Al-Quran menggambarkan saat-saat terakhir kehidupan Firaun sebagai berikut: Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (Yunus: 90).
Namun apa yang diucapkan oleh Firaun telah terlambat, pintu taubat telah tertutup. Pengakuannya menjadi sia-sia sahaja, walaupun ia mengakui menyerah diri kepada Allah SWT.
Pengikut-pengikut Firaun, sebagaimana Firaun sendiri, juga menerima bahagian hukuman mereka. Ini kerana bala tentera Firaun adalah orang yang angkara murka dan penuh kebencian.
Seperti halnya Firaun, mereka pun wajar menerima hukuman dari Allah. Maka Allah pun melemparkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam dasar laut.
Firman Allah bermaksud: Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 40)


Oleh IBRAHIM ABDULLAH

Tuesday, June 16, 2009

Keadaan seseorang ketika dalam kubur (fwd)

RASULULLAH S.A.W bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir".

Lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?"

Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?."

Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!"

Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."(Abu Hurairah r.a) Huraian

Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!"

Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?"

Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga".

"Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak".

Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka".

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, May 2, 2009

Sesekali keluar

KK minggu ini ialah lawatan luar....
Tarikh : 28 April 2009
Lokasi : Pustaka Negeri, Petra jaya dan Dusunbayu, Demak.
Aktiviti : Pusing keliling dan kerja amal, hahaha!
Haaa layan jer gambar kat bawah ni....

Mana depan mana belakang bangunan ni ntah, Pustaka Negeri.


Salah satu view yang menarik, amik kesempatan posing!


Apa kata kite buat kelas kat sini jer, kak long.... hilang tensenn dan megrenn.


Tersangatlah gumbiraanya! kalu buleh tetiap minggu wat lawatan, ok dak bos?


Semacam jer lah, mana tempat nak meluah perasaan ni? (sama erti dengan melepas)


Masuk majalah ni tak pun masuk tv semilan, jangan masuk raja lawak, dah!


Habis pusing keliling, balik ke keta masing-masing!


Dari Pustaka lawatan ke Dusunbayu nak buat keja amal laa pulak!


Rehatkan diri, duduk dendiam, jangan buat huru-hara!


Sedia untuk pertandingan mengumpul batu terbanyak, pernah ke orang buat ni?


Besshhh nyer! kerja amal ni patut dibuat tiap-tiap minggu..... heheh!


Keja amal ke kes dera! bule wat repot ni, tak logik tul!


Arahan kumpul batu tapi kumpulan 5 dan 4 dengan tanah2 sekali diorang korek! siap satu pokok naga yang ditanam tahun lepas sorang tu musnahkan! terlebe sudaa!


Ingatkan dapat adiah laptop, tak pun keta!!! apa laaa che'gu ni!


Agenda seterusnya ialah lawatan akan datang ke Taman Puteri, BBQ dan karaoke sekali, oraiitttt!

Caya lahhh,
Terima kasih daun keladi,
lenkali jemput datang lagi........

Selamat berpindah!

Majlis meraikan dua orang staf kami yang berpindah tempat bertugas..... Falisa dan Hisyam diadakan pada 15 Apr 2009 yang lalu. Aku takde idea nak tulis bunga-bunga ayat, layannnn jer gambar ni....

kak long kitorang, jangan memain! semua ok, go on...!


perkenankanlah! tukang amiiin.... tetap dan berpencen.


saya akan menyampaikan sebuah lagu.... opps silap! ucapan akhir saya ialah bila kakak dah takde nanti, pandai-pandai laa adik-adik bawak diri....


nakku nangis.... tiadaaaa..... berair mataaaa.....!


antara yang diraikan, pindah ke......... tingkat bawah jer..... heheh!


elehh part makan laju jer!


shot terakhir bersama falisa! jasamu dikenang, terima kasih tidak terhingga....

Semoga hari-hari...
menjadi lebih indah
dari yang sudah-sudah!

Thursday, April 2, 2009

Kawan.....

Kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!! walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.


antara yang bergelar kawan


pelukis pro

kak no


iki

Sebahagian jer tu..... nak carik gambar jaman jepon lak nanti...!

Tuesday, March 31, 2009

Sesajer!

Lamanya tak hapdet blog ni! Tak larat jer nak mengetuk keyboard sejak dua menjak ni. Esok dan lusa membz kan diri sebagai AJK acara sukan dan permainan antara sekolah-sekolah. Kena keluar lagi... kali kedua dah ni, tak puas ati gak cam takde orang lain kat sekolah ni! Sabtu dan ahad lak exam.... pehhh! langsung takde rest. Plan nak amik CRK jumaat ni dah aku lupakan! Biarlah bz sebz bznya! Masalahnya buku tak abis baca, ulangkaji tersangkut-sangkut! Kalaulah ada magik, semua isi buku tu masuk dan lekat dalam otak cam memory laptop aku ni, alangkah bahagianya hidup ini..... errmmm sah berangan!

Berpoye-poye jauh sekali! Rasanya dah berbulan aku tak menjenguk Parkson, Spring, Boullevard dan apa lagi ntah! Kalau tak, sure singgah manjang bila lalu jer area tu! Sekarang ni membeli-belah pegi kedai-kedai terdekat jer yang umpama jiran sebelah rumah adanya, bayar bil guna internet segalaaa.... malas nak berbaris kat kaunter. Semuanya mengejar masa! Rasanya masa begitu cepat berlalu dan bumi ini mungkin semakin jemu berputar menunggu saatnya untuk sampai ke titik noktah terakhir agaknya. Tu yang pejam celik, pejam celik tak sedar tahun bertukar ganti tanpa disedari. Kalaulah masa itu boleh diputarkan semula cam citer back to the future! Adakah aku akan jadi seperti aku yang hari ini? Yang pastinya, aku akan mengubah segalanya. Cisss! Berangan lagi....!

Perjuanganku akan tamat tahun 2010. Alahaiiiiiiiiiiiiii......... tang ni aku nak cepat sampai waktunya! Bule laaa berpoye-poye lepas tu, sampai ke Jepun! errrm berangan tak sudahhh...............

Sekian, rapuan terkini ketika tahap buhsan datang masa buat ulangkaji.

Thursday, February 5, 2009

jiwa gelora

Keja makin bertambah, assignment dah datang bertandang. Laptop aku lak meragam senin lepas. Nak hantar pada kakcen(nama glemer kak cencorot), jauh kat obersi. Aku hangkut laptop sekolah sebijik. Sebenarnya aku yang handle satu laptop tu tahun lepas tapi tak penah guna pun sebab berattt. Dah darurat ni aku pinjam la sekejap. Semalam laptop aku dah ok.




tumpang sekaki dua kaki!

mender laaa...!

baca ke dak ni!

bahgianya!


Sebenarnya dah setahun aku tak lena tido!

Sunday, January 25, 2009

Kek kelam kabut Chinese New Year

Selamat menyambut Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan berbangsa Cina, Chong, Ping, Monic, Ah Fei, Kong, Tan, Hui, May, Jun, July dan lenlain....

Baru nak rancang cuti Tahun Baru Cina ni, aku nak habiskan keja2 yang tertangguh, asignment yang dah timbul, tetiba abang long lak tipon suh aku buatkan kek untuk diberikan kepada kawan cina dia. Alahaiii.... 2 bijik lagi tu...Kenapa la dia tak call petang raya cina tu suh buat! Last minute gak nyer keja! Kelam kalibut aku mencari buku kek dan senaraikan bahan nak beli. Kensel plan balik kampung semalam, terus pecut ke kedai cari bahan buat kek. Belek2 kat buku resepi aku nak buat kek lapis cheese cappucino dan lapis prune. Jenuh mencari buah prune kat kedai berdekatan tak jumpa, aku tukar buat lapis peppermint jer. Balik rumah keluarkan bahan dan pengadun kek, tetiba aku tak jumpa loyang lak. Nak tak nak aku pecut lagi ke kedai cari loyang 8x8 inci, pun tak jumapa. Terpaksa beli yang 9x9 inci. Beli lah dua, ermm lari bajet. Balik jer dari kedai aku teringat pernah simpan 2 bijik loyang 8x8inci dalam kotak di stor. Pehhh... aku selongakr, sahhhh ada. Uwaaaa... tapi tak apa, aku pujuk hati sendiri, bule dijadikan harta warisan turun temurun. Dan....... tengahari tadi, sicecep lak datang bawak 2 bijik loyang dari kampung yang aku simpan. Umang ai, bertambah lagi koleksi loyang aku!

Selepas maghrib tu, pojek kek pun mula. Aku ingat nak siapkan terus 2 bjik kek tu. So aku keluarkan oven dan guna microwave sedia ada. Penat tunggu nak buat lapis demi lapis tu. Aku ni bukan nya selalu buat kek sejak dua menjak ni. Zaman rajin mencuba dan membuat kek tu dah berlalu. Di Miri dulu aku rajin sebab dikelilingi kawan-kawan yang pakar kek lapis, eheh! Selepas berpindah randah tempat bertugas ni, dah 5 tahun aku jarang-jarang buat kek, nak beli jer. Buat bila rasa ada mood nak buat. Kalau time raya sejak kebelakangan ni banyak dapat kek ehsan dari adik dan ipar aku. Penah sekali tu aku beli dari seorang kawan, itupun sebijik. Kelakar pulak sebab dulu orang beli kat aku.

Aku ni bukanlah pakar sangat buat kek tapi tahu gak sedikit tata cara nak membuatnya. Kalau tak tahu aku call sepupu aku yang kat Miri atau sorang kawan aku yang kat Bintulu tu. Basic kek lapis ni senang jer, butter, telur, gula dan tepung dengan sukatan tertentu. Yang lenlain tu ubahsuai jer dengan bahan sedia ada.

Letih tak terkira, akhirnya siap jugak kek lapis tu dalam kul 1230 tengah malam. ermm tapi... hampir-hampir nak hangus lapisan terakhir cheese cappucino tu, sib baik selamat. Gara-gara mengantuk daaa... Lebihan bahan aku masukkan dalam loyang kecil. Taknak kek tu tinggi sangat.


Bahan-bahan yang diperlukan

adunan kek hijau ialah peppermint, coklat ialah cappucino dan putih ialah cheese


Masuk microwave dan oven sekalirap


untuk cantikkan lapisan, guna sterika kek ni


Dah siap!


Keja paling buhsan ialah mengemas semula dapur.

Kul berapa ntah aku terlelappp.... Macam tak leh bangun dah pagi tadi!

Thursday, January 22, 2009

Kronologi balik kampung 22hb januari

kampungku


6.40 pagi: Aku dah bersiap nak ke sekolah. Dah bawa kereta keluar pagar rumah, sicecep kabarkan kat pintu ada panggilan dari abang yang kedua beritahu ada sedara meninggal kat kampung. Aku teruskan perjalanan ke sekolah jumpa GB minta perlepasan. Kemudian aku balik ke rumah ajak cecep tu balik sesama. Katanya nak terus balik kampung so kita bawak keta memasing. Aku pecut dulu amik ayahbonda kemudian terus ke rumah menziarah orang meninggal tu. Dia ni sepupu sepipi, ntahla aku pun tak tahu camana nak terangkan hubungkaitkan, kalau dah namanya dok satu kampung. Rumahnya depan rumah jer kat kampung. Bila dah uzur dan selalu sakit dia dok rumah anak sedara dia. Sampai jenazah siap dimandi, disembahyangkan dan dibawa untuk pengemumian, barulah kami minta diri. Taim ni perut aku dah berbunyik semacam jer. selalunya kat sekolah kul 930pg dah santap sedikit atau sebanyak yang dikehendaki. Sabar jer laaa...

1130 pg: Ingatkan nak cari makanan, adehhhh...! Emak lak ajak menziarah seorang mak sedara yang sedang sakit di kawasan yang sama. Aku dah lama tak melihat makcik ni, suaminya sepupu emak. Kali terakhir rasanya masa aku kat Miri dulu. Dia ada datang ke rumah masa aku kat sana. Kasihan betul aku bab-bab melihat orang sakit ni. Menziarah orang meninggal dan yang uzur sekalirap satu hari ni buat aku insaf tul, giliran kita bila-bila jer......

tempat yang pasti

1.00 ptg: Dua orang mak sedara tumpang sekali. kami singgah rumah abang aku yang nombor dua tu kejap sebab hujan lebat, terkurung kat situ dalam setengah jam. Ipar aku lak lom masak, huaarghh.... sebab ada meeting apa ntah kat kpg seberang pas tu ambik anak dia kat sekolah tadika.lepas minum dan makan roti sebagai alas perut, hujan reda sikit kami pun balik rumah kat kampung.

1.30 ptg: Kami singgah beli ikan dan sayur. Mahalnya! Sebab dapur aku tak berasap aku beli la ikan kembonggg yakni ikan musim ujan 2kg, RM5 sekilo, bahagi dua nak bawak balik rumah sendiri. Udang putih RM18 sekilo, aku dapat kurang RM3 sebab yang jual tu satu kampung. Sampai rumah kampung, dek kelaparan dan kebuluran, masak bok jer, err main campak-campak laa... Pas tu tolong emak aku buat ketupat lepas. Kalau kat sini ianya dimasak dengan santan. Dimakan dengan kari, rendang atau apa-apa jer ikut suka ati sendiri, dengan kicap pun boleh eheh. Emak biasa buat petang khamis sebab nak sedekah kat surau malam jumaat. Baru aku tahu penatnya nak mengisi pulut dalam ketupat tu! sebelum ni isteri abang aku dan emak yang selalu buat. Aku tahu makan jer....erm

mercu tanda kat kampung


sudut kampung yang daif, kena naik perahu tambang, apa kena mengena bendera tu agaknya? Lu pk laa sendiri!

3.00 ptg: Aku selongkar barang-barang dalam bilik yang dah berbulan aku tinggalkan. Ambik yang diperlukan untuk dibawa ke dusunbayu. Jam 5 aku mesti balik ni, sebelum gelap takut hujan.

5.00 ptg: Sampai rumah, keletihannnnnnnnnnn.... tak larat nak citer dahhh!

Thursday, January 15, 2009

Model waktu subuh

Dah tiga minggu problem internet kat tempat aku ni. Server problem ke laptop aku ke atau celcom nyer pasal ni? Aku guna celcom broadband, sebelum ni ok jer. Tanya kat kawan aku yang guna broadband ni juga, pun menghadapi masalah yang sama. Aku tak dapat upload file atau gambar kat mana-mana pun. Semalam aku pos dan hantar satu file kat tutorial online, tak nampak apa pun. ermmm sure diorang ingat aku main-main kat situ, hampehhh! So dengan semangat membara nak buat komplen petang tadi aku call la sorang kenalan keja celcom buat aduan. Fulamakkk kul enam aku tefon, kul lapan malam sat tadi dah ok! Tahu cam tu, empat bulan lepas lagi aku dah buat aduan ni.

Kali terkhir aku nak hapdetkan blog ni tertangguh sebab masaelah tu laaaa...

Minggu lepas aku dan ayahbonda dan family yang lain, ke airport kuching kul 4.15 pagi sebab hantar adik lelaki yang nombor dua bongsu tu, balik Jeddah setelah sebulan bercuti. Flight dia kul 6 pagi. First time aku pegi airport dinihari tu laaa, sunyi sepi, staf kat situ masih berdengkur lagi agaknya. Masa menunggu tu laaa amik gambar model kecik ni, buah hati pengarang jantung pisang. Maisarah 4 tahun. Kesian lak nengoknya sebab tak paham lagi daddy nya nak pegi jauh.

Sebenarnya susah sesaja nak amik gambar si sarah ni. Tak tau pulak pagi tu dengan rela hati mahu lak possing maut. Apa lagi layannn.....


Sarah terpaksa dibangunkan dari tido awal paginya


huh! gerammmnyer!

Sabau jer laaa!

sapa yang pegi ni!


Sicecep pun turut menyebok kat belakang

pos sarah sebelum daddy berangkat

hahhh! seruper tak?


Pesanan pada adik aku takde lain, jauhkan dari dari kelompok yang ada orang Amerika ker omputeh memana laaa.... sekarang perang kat palestine tu tak reda lagi. Nak buat camana, penempatan diorang kat Jeddah tu pulak memang ramai orang luar bahkan dia duduk serumah dengan sorang omputeh tu dulu sebelum pindah rumah sendiri.