Thursday, December 25, 2008

Geng Pok Pek

Semalam tiga orang GPP datang berkunjung ke bilik, kak Iza, kakcen n wati.......... tak tergambar dan tak terungkap dengan kata-kata gumbiranya tak terkira! Datang gak diorang lewat petang tu. Cam doploh tahun tak jumpa. Sempat la jugak merakam gambar dalam kekecohan dan riuh rendah di samping suasana bilik yang haru biru.



bonzer sempoi!

saat-saat perpisahan....Balai Polis Masjid India menjadi saksi.

Terima kasih GPP. i lap u all. Jom tahun depan pi Pontianak lak, kita supeng sakan! Sesapa leh join, trip ke sana kita leh aturkan.

Wednesday, December 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia - Kelantan

Sebab terlalu bz bersupeng sejak sampai Kehel semalam, lambat laa hapdetkan blog! Apa2pun nak teruskan jurnal sepanjang minggu ni, heheh!

20bh Dis
Lama dah teringin nak melawat Kelantan. Negeri ke 14 yang menjadi penamat jelajah Malaysia sejak dua tiga menjak nih! Gumbira tak terkata! Tujuan utama shopping laaa.
Aku dan Atie menjejaki bumi Kelantan pada jam 4.50 petang. Nasib baik cuaca elok sepanjang penerbangan dari Kuching ke KL seterusnya ke Lapangan Terbang Kota Baru. Risau juga semasa awal pagi sebab cuaca di Kuching hujan lebat sepanjang minggu ni. Kami berdua menginap di kediaman makcik Noori, emak sedara Atie yang telah berkahwin dan menetap di Kelantan. Rumahnya lebih kurang cam istana hinggap errr, betul ker? Bantai jer laa... rumah pusaka kediaman bekas Datuk Laksamana, orang kanan Sultan Kelantan dan keturunan selepasnya, pada tahun 1940an gituu....(pak mertua makcik). Sampai di rumah petang tu kami berdua merehatkan diri di bilik yang telah disediakan, makan, minum, pok-pek2 dan apa-apa yang sepatutnya dan tidur. Kami berdua tak dibenarkan buat kerja apa pun sebab ada pembantu rumah, cukuplah sekadar membasuh tangan sebelum dan selepas makan adanya, heheh! errrrm turut jer laaa.....

depan bilik penginapan tingkat atas, senornyer aku sukakan besi arrow membentuk bulatan tu!

21hb Dis
Selepas sarapan yang kira2nya heavy breakfast, dengan nasi berlauk dan kuih-muih tradisi Kelantan, aku dan Atie menjelajah ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur, tempat membeli belah paling glemer kat Malaysia. Mak cik dan pak cik menjadi pemandu pelancong. Mak datuk! ramai lak pengunjung datang hari ni sebab hari ahad dan musim cuti sekolah. Sampai kat Rantau panjang terus menapak kat kedai aksesori dan barang kemas. Mak ampunnn.... mooorahhhhnyaaaaa........... rega berbanding dengan harga ketika membeli dengan orang lain, double n tripple berganda2!. Mata menjadi rambang seterusnya menjadi rabun nak memilih. Seterusnya kami sambung perjalanan ke Pengkalan Kubur, berhenti sekejap2 dan singgah melihat dan ambil gambar patung besar kat tokong yang pernah jadi kontraversi sedikit masa dulu.

memulakan perjalanan, nak jumpa TGNA, err tapi takder orang kat rumah, amik gambar jer laa....hehe! rumah dia di belakang rona hijau muda tu


Rantau Panjang, pemandangan di belakang ialah Sungai Golok, di seberang ialah tanah Siam/Thailand. Lepas amik gambar ni tak kose nak posing lagi sebab bz supeng membeli belahhhh

Berhala tidur yang menjadi kontraversi

Pantai Seri Tujuh, waterfront yang cantik pemandangannya menghadap laut.


22hb Dis
Hari ni kami dibawa makcik ke area bandar. Beli tudung bawal yang ada batu bata tu! Alahai harga boleh tahan dengan cantik yang pelbagai. Pas tu pusing keliling cari serunding dan apa-apa ntah... ermmm. Kalau nak, memang semua nak beli, memikirkan masalah nak mengangkutnya tu yang kena fikir banyak kali. Esok nak singgah KL lagi! Sib baik tak lepas ke seberang Golok, maunyer ada gak reta yang nak diangkut.

salah satu mercu tanda di bandar Kota Baru

Puas laa meronda kat sini walaupun masa amat terhad. Pada aku Kelantan ni tak laa mundur sangat seperti yang didengar sebelum ni. Bahkan banyak bangunan-bangunan baru dalam pembinaan. Paling menarik bagi aku ialah pasar malam lupa lak nama tempat tu, dibuka setiap malam sampai pagi. Banyak memberi kemudahan kepada orang ramai. Terlalu luas tempatnya dan bermacam jenis barang ada dijual kat sini. Dari makanan, pakaian sampailah ke barangan dapur. Balik dari pasar malam, keletihan cam nak tanggal kepala lutut dah ni haaa.....


23hb Dis
Jam 8.00 pagi, aku dan Atie dah berada di airport. Selamat tinggal Kota Baru! Alhamdulillah, akhirnya kutamatkan penjelajahan seantero Malaysia sejak tahun 1985 dengan jayanya. Panjang umur dan murah rezeki, aku akan datang lagi..............

Friday, December 19, 2008

Harga Sepasang Kasut

Tergelak baca cerita ujian mengenai kasut oleh kakcen dalam blog dia terlintas di kepala seminggu ni cerita hangat di negara Iraq tentang balingan kasut oleh seorang wartawan di Iraq yang ditujukan kepada Presiden Amerika, Bush. Aku fwd jer kesan dari sepasang kasut dan rentetan dari peristiwa tersebut. Heheh!


KAHERAH - Tindakan seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyebabkan dia mendapat tawaran perkahwinan dari Mesir.

Seorang lelaki Mesir, Saad Gumaa kelmarin menawarkan seorang anak perempuannya yang berumur 20 tahun untuk berkahwin dengan Muntazer yang membaling kasut ke arah Bush pada Ahad lalu di Baghdad.

Anak Saad, Amal berkata, dia bersetuju dengan cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu penghargaan terhadapnya.

"Saya mahu tinggal di Iraq, lebih-lebih lagi jika saya berkahwin dengan seorang hero," katanya.

Gadis itu merupakan pelajar di fakulti media di Universiti Minya tengah Mesir.

Saad memberitahu bahawa dia sudah menghubungi abang Muntazer, Dergham berhubung tawaran itu.

"Saya tidak mempunyai barangan yang lebih berharga melainkan anak saya untuk diberikan kepada Muntazer dan saya juga bersedia untuk perkahwinan itu," katanya.

Bagaimanapun, keluarga Muntazer masih belum memberi sebarang jawapan berhubung tawaran lelaki tersebut.

Muntazer, 29, ditahan selepas melemparkan dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Tindakan itu menobatkan dia sebagai hero oleh warga Arab yang kebanyakannya membenci Bush kerana menyerang Iraq pada 2003.

Dia membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. - Agensi


Ramai tukang kasut mengaku

BAGHDAD - Tukang kasut di seluruh Asia Barat berlumba-lumba untuk menaikkan nama masing-masing dengan mendakwa bahawa mereka ialah pembuat kasut bersaiz 10 yang digunakan untuk membaling Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembuat kasut dari Turki, Ramazan Baydan berkata, dia menghasilkan reka bentuk kasut yang dilontarkan oleh wartawan Iraq, Muntazer Al-Zeidi ke arah Bush pada Ahad lepas itu.

Sejak pengakuan itu disiarkan oleh media Turki, tempahan yang diterima dari Iraq untuk membuat kasut itu meningkat sebanyak dua kali ganda.

Akhbar Turki, Yeni Safak menyiarkan dakwaan Ramazan bersama-sama gambar kasut itu di bawah tajuk berita, 'Buatan Turki.'

Isu tersebut bertambah kusut apabila akhbar as-Safir di Lebanon turut menyiarkan berita muka depan yang mendakwa bahawa pembuat kasut itu ialah rakyat negara itu.

Bagaimanapun, abang Muntazer, Udai pula berkata, adiknya membeli kasut itu di Iraq dan ia bukan barangan yang diimport dari China seperti kebanyakan kasut di negara Asia Barat.

"Kasut itu seratus-peratus buatan Iraq dan bukan diimport dari Turki atau China," katanya. - Agensi


COSTA DO SAUIPE - Perbuatan seorang wartawan televisyen Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mencetuskan fenomena unik di seluruh dunia.

Selain tunjuk perasaan yang dilakukan di kebanyakan negara bagi menyatakan bantahan terhadap Bush yang melancarkan serangan di Iraq pada 2003, tindakan Muntazer itu turut menjadi bahan jenaka.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin berjenaka kepada para wartawan supaya tidak melempar kasut ke arahnya.

"Jangan lempar sebarang kasut," katanya kepada sekumpulan wartawan.

Jenaka da Silva tersebut mengundang ketawa di kalangan petugas media yang membuat liputan di Sidang Kemuncak Amerika Latin di sebuah resort tepi pantai di Bahia, Brazil.

"Keadaan di sini sangat panas dan sekiranya anda membuka kasut ia bakal mengeluarkan bau busuk," katanya.

Sementara itu di Afghanistan, sebuah pertunjukan komedi turut melakonkan semula aksi pembaling kasut tersebut ke arah Bush.

Pementasan itu berjudul Zang-i-Khatar tetapi kelainannya adalah muka Bush terkena kasut.

Bush tidak popular di kalangan kebanyakan penduduk di Afghanistan di mana tentera AS dan sekutu-sekutunya pernah menyerang negara itu bagi menggulingkan rejim Taliban.

Sementara itu, ejen-ejen perisikan memusnahkan sepasang kasut yang dibaling oleh Muntazer itu bagi memastikan ia tidak berisi bahan letupan.

"Kasut-kasut itu diperiksa oleh agensi perisikan AS dan Iraq dan dimusnahkan selepas itu," kata seorang hakim yang mengadili kes terhadap Muntazer. - Agensi

Wednesday, December 17, 2008

Mendekaaaaa!

Sejak dua menjak ni semakin liat nak hapdet blog ni! Bz manjang! Baru hari ni kepala rasa rengan setelah berhempas pulas ngadap buku. Semalam last paper. Subjek yang aku tak penah pelajari semasa di sekolah menengah! Ambik sebagai minor......sebab minat, hahaha! Subjek berani mati!

Cuti kali ni aku dan kawan aku Atie, plan g Kelate 20hb Dis. Esok, lusa, tulat rupanya! pehhh! Sebenarnya aku nak merasa berehat, nak tido sepuasnya apa kan daya, takk dapat jugak. Hari ni memenuhi jemputan makan2 kat rumah sepupu dengan adik aku yang baru balik dari Jeddah. Lepas tu balik kampung kejap menjengah ayahbonda, alaaa esok pun balik rumah kat kampung pas kemas dan bersihkan rumah ni. Minggu lepas lima hari lampu kat car porch tu tak ditutup, aku ingat hari ke enam tu dah meletup agaknya sebab panas. Sib baik selamat lagi masih on. Esok nak beli bateri keta aku yang tersadai seminggu kat rumah abang long. Lusa nak siapkan barang2 nak travel ni!

Sebenarnya kalau cuti panjang cam ni aku ada plan dengan adik perempuan bawak anak2 sedara g piknik ke tak pun bawak diorang g kolam renang, errmmm....Kali ni tak menyempat la nak buat!

dah lupa tahun bila piknik sini!


Ni lak wajah2 yang dekat di hati........
Rizkullah 4 tahun anak abang yang nombor 4, banyak bertanyakan soklan kontraversi. Bab mengaji muqadam, nak tahu makna apa yang dibaca!

Husnul 9 tahun, kakaknya yang tak banyak cakap. Sepatah tanya, setengah jawab.

Maisarah mmasuk 3 tahun, tak kenal daddynya yang balik bercuti dari Jeddah setelah 10 bulan berlalu. Ditanya siapa, jawabnya 'orang!'

Cepatnya masa berlalu! Tinggal beberapa hari lagi nak tamat tahun 2008. Alahai....!

Friday, December 5, 2008

Kejadian Langit dan Bumi Daripada Asap

Kejadian Langit dan Bumi Daripada Asap


Galaksi NGC ke-4414.

Dalam surah al-Fussilat ayat 11 Allah berfirman yang bermaksud,

“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘Kami datang dengan tunduk’.

Langit dan bumi di peringkat awal dahulu adalah kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud ialah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi.

Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata,

“Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan dalam al-Quran.”

Kalimat yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap ialah dukhan. Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.

Ketika menceritakan tentang asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu.

Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas, fog of neutral hydrogen and helium. hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti “awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi” dan yang seumpamanya.

Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh tentang kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi merupakan satu objek maka langit yang difirmankan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. Kesemua objek ini lahir daripada asap.

Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik ialah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu.

Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.

Selepas 300,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi, planet dan bumi. Hal ini disebutkan dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press, New York, 1993).

Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Remnants Of The Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000, Keay Davidson melaporkan bahawa para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.

National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico.News Release, pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made Of Atoms Formed In First Stars, melaporkan tentang satu penemuan yang menunjukkan bahawa di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas telah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.

Pada tanggal 25 November 1999, di bawah tajuk Puzzle Of Galactic Evolution Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis daripada Universiti Wisconsin-Madison. Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selama ini menghantui pakar-pakar astronomi. Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting untuk melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini.

Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.

Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarikh 2 Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could Be Clouds of Gas, dilaporkan bahawa pihak NASA di Chandra X-Ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.

Kita boleh simpulkan bab ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescope Science Institute di [Only Registered Users Can See Links. Click Here To Register]. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, “Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang-bintang.” Penemuan-penemuan ini dan yang seumpamanya mengesahkan kebenaran al-Quran yang terdapat dalam surah Fussilat ini.

fwdd