Wednesday, December 17, 2008

Mendekaaaaa!

Sejak dua menjak ni semakin liat nak hapdet blog ni! Bz manjang! Baru hari ni kepala rasa rengan setelah berhempas pulas ngadap buku. Semalam last paper. Subjek yang aku tak penah pelajari semasa di sekolah menengah! Ambik sebagai minor......sebab minat, hahaha! Subjek berani mati!

Cuti kali ni aku dan kawan aku Atie, plan g Kelate 20hb Dis. Esok, lusa, tulat rupanya! pehhh! Sebenarnya aku nak merasa berehat, nak tido sepuasnya apa kan daya, takk dapat jugak. Hari ni memenuhi jemputan makan2 kat rumah sepupu dengan adik aku yang baru balik dari Jeddah. Lepas tu balik kampung kejap menjengah ayahbonda, alaaa esok pun balik rumah kat kampung pas kemas dan bersihkan rumah ni. Minggu lepas lima hari lampu kat car porch tu tak ditutup, aku ingat hari ke enam tu dah meletup agaknya sebab panas. Sib baik selamat lagi masih on. Esok nak beli bateri keta aku yang tersadai seminggu kat rumah abang long. Lusa nak siapkan barang2 nak travel ni!

Sebenarnya kalau cuti panjang cam ni aku ada plan dengan adik perempuan bawak anak2 sedara g piknik ke tak pun bawak diorang g kolam renang, errmmm....Kali ni tak menyempat la nak buat!

dah lupa tahun bila piknik sini!


Ni lak wajah2 yang dekat di hati........
Rizkullah 4 tahun anak abang yang nombor 4, banyak bertanyakan soklan kontraversi. Bab mengaji muqadam, nak tahu makna apa yang dibaca!

Husnul 9 tahun, kakaknya yang tak banyak cakap. Sepatah tanya, setengah jawab.

Maisarah mmasuk 3 tahun, tak kenal daddynya yang balik bercuti dari Jeddah setelah 10 bulan berlalu. Ditanya siapa, jawabnya 'orang!'

Cepatnya masa berlalu! Tinggal beberapa hari lagi nak tamat tahun 2008. Alahai....!

4 comments:

lupekanje said...

biler nk gi kelate ?...ada YM tak?? mehla sembang...buhsan nih..kak iza pun online tuh.

Anonymous said...

wah bestnya tempat piknik tu, kat rmh ke...

suri kteh dah link blog suri dr my blog, ok ke tak? kalau tak boleh cakaplah yer...

Suri said...

kakcen,
ym dr sampai skrg tak dpt err senornyer tak sentuh lagi sejak problem ari tuh! nanti kiter msg laaa....

kakteh,
ok , on jer....20hb sampai 23hb dis ni ke kota baru, 23hb singgah kln balik 25hb. kak kat mana yer?

Anonymous said...

kteh kat utara sgt2 ni (kedah), ada termasuk dlm route suri? rasanya tak kan.. takpe ada rezeki 1 masa nnti kita leh jumpa, selamat bercuti sakan dan selamat jumpa kakcen... mudah2an selamat pergi dan balik dgn selamat jua.