Thursday, January 22, 2009

Kronologi balik kampung 22hb januari

kampungku


6.40 pagi: Aku dah bersiap nak ke sekolah. Dah bawa kereta keluar pagar rumah, sicecep kabarkan kat pintu ada panggilan dari abang yang kedua beritahu ada sedara meninggal kat kampung. Aku teruskan perjalanan ke sekolah jumpa GB minta perlepasan. Kemudian aku balik ke rumah ajak cecep tu balik sesama. Katanya nak terus balik kampung so kita bawak keta memasing. Aku pecut dulu amik ayahbonda kemudian terus ke rumah menziarah orang meninggal tu. Dia ni sepupu sepipi, ntahla aku pun tak tahu camana nak terangkan hubungkaitkan, kalau dah namanya dok satu kampung. Rumahnya depan rumah jer kat kampung. Bila dah uzur dan selalu sakit dia dok rumah anak sedara dia. Sampai jenazah siap dimandi, disembahyangkan dan dibawa untuk pengemumian, barulah kami minta diri. Taim ni perut aku dah berbunyik semacam jer. selalunya kat sekolah kul 930pg dah santap sedikit atau sebanyak yang dikehendaki. Sabar jer laaa...

1130 pg: Ingatkan nak cari makanan, adehhhh...! Emak lak ajak menziarah seorang mak sedara yang sedang sakit di kawasan yang sama. Aku dah lama tak melihat makcik ni, suaminya sepupu emak. Kali terakhir rasanya masa aku kat Miri dulu. Dia ada datang ke rumah masa aku kat sana. Kasihan betul aku bab-bab melihat orang sakit ni. Menziarah orang meninggal dan yang uzur sekalirap satu hari ni buat aku insaf tul, giliran kita bila-bila jer......

tempat yang pasti

1.00 ptg: Dua orang mak sedara tumpang sekali. kami singgah rumah abang aku yang nombor dua tu kejap sebab hujan lebat, terkurung kat situ dalam setengah jam. Ipar aku lak lom masak, huaarghh.... sebab ada meeting apa ntah kat kpg seberang pas tu ambik anak dia kat sekolah tadika.lepas minum dan makan roti sebagai alas perut, hujan reda sikit kami pun balik rumah kat kampung.

1.30 ptg: Kami singgah beli ikan dan sayur. Mahalnya! Sebab dapur aku tak berasap aku beli la ikan kembonggg yakni ikan musim ujan 2kg, RM5 sekilo, bahagi dua nak bawak balik rumah sendiri. Udang putih RM18 sekilo, aku dapat kurang RM3 sebab yang jual tu satu kampung. Sampai rumah kampung, dek kelaparan dan kebuluran, masak bok jer, err main campak-campak laa... Pas tu tolong emak aku buat ketupat lepas. Kalau kat sini ianya dimasak dengan santan. Dimakan dengan kari, rendang atau apa-apa jer ikut suka ati sendiri, dengan kicap pun boleh eheh. Emak biasa buat petang khamis sebab nak sedekah kat surau malam jumaat. Baru aku tahu penatnya nak mengisi pulut dalam ketupat tu! sebelum ni isteri abang aku dan emak yang selalu buat. Aku tahu makan jer....erm

mercu tanda kat kampung


sudut kampung yang daif, kena naik perahu tambang, apa kena mengena bendera tu agaknya? Lu pk laa sendiri!

3.00 ptg: Aku selongkar barang-barang dalam bilik yang dah berbulan aku tinggalkan. Ambik yang diperlukan untuk dibawa ke dusunbayu. Jam 5 aku mesti balik ni, sebelum gelap takut hujan.

5.00 ptg: Sampai rumah, keletihannnnnnnnnnn.... tak larat nak citer dahhh!

2 comments:

lupekanje said...

bestnyer kampung tu suri....kampung air ke..aper ke namanyer...
cam kat kuala je..
ke ni dekat Bako???
nnt satu hari akak lari bungkus kain baju, duk situ agak2 sebulan sampai polis jumpa akak..boleh kan.

Suri said...

aah kuala kat laut. Bako national park dekat dah, 10-15 minit sampai naik bot. eleeeh sebulan....kang dilarikan pulak, terus tak balik, hahaha! keras tempat tu tau!