Wednesday, January 7, 2009

Azam baru 2009

Azam baru 2009
Nak belajar sebelum pensyarah datang mengajar
Nak datang mengajar sebelum murid datang belajar.....

Tu baru satu azam, sebenarnya ada banyakkkk azam. Ada azam baru dan tak kurang azam tahun-tahun lapok yang tak tertunai.

Sejak buka sekolah minggu ni aku berusaha bersungguh-sungguh untuk datang sekolah seawal mungkin dari hari-hari sebelumnya dan tahun-tahun sebelumnya dan kalau boleh tak nak jadi orang terakhir sampai sekolah..... huaargghh! Kalaulah ada anugerah untuk che'gu paling lambattttttttt datang sekolah sudah pasti ianya telah berada dalam genggamanku seploh tahun berturut-turut. Malangnya memang sah takder, pehhh! Masa kat MPS dulu, walaupun duduk dalam kawasan tempat kerja, selalu jer punch card aku hampir-hampir nak merah, sib baik start kul 8 cam orang keja opis gak so diorang tak pasan la kad aku biru ke merahhh, hahahh! Tapi aku pelik jugak walaupun aku dah bangun seawal jam 0500pagi, bawak keta tak sampai 5 minit dah sampai tempat punch-card tu, tetap gak goreskan kad tu 2 atau 3 minit sebelum kul 0800pagi. Sungguh tak logik!

Laaa ni dah pindah sekolah, 2 tahun dah, kelas mula jam 0730 pagi. Masih jugak lambat dari orang lain sampai. Nak kata jalam jem tak jugak sebab laluan aku tu bolehlah dikatakan sifar-jem. Masa meeting staf sabtu lepas, PK kata datang sekolah sebelum kul 7 pagi, fuhhh!!! Cabaran besar ni! Tahun lepas aku selalu datang kul 0705 atau 0710 atau 0715pg. Ingatkan aku yang paling lambat tapi kadang-kadang tu ada jugak yang lagi lambat dari aku, telek punya telek rupanya bos, buat budu* jer laa... sambil membuat cerekarama bila ditanya apasal lambat err belagak cam bos! kehkehkeh! Tapi kelas tak penah ponteng haaaa....

Isnin minggu ni, aku sampai sekolah jam 0658, selasa 0648 dan rabu, hari ni 0645 pagi. Kawan aku pun pasan perubahan 2-3 hari ni. Tapi aku pun tak pasti esok lusa dapat datang awal ke tak! Bertahan ke tak rekod awal aku 2-3 hari ni...?

3 comments:

lupekanje said...

hahah...Nak datang mengajar sebelum murid datang belajar.....nak ngajar saper klu murid lom dtg belajar??
akak ni pun sama...duk dekatpun dtg lambat...dulu memula kijer, akulah org yg sgt awal dtg opis...sampai nak diserahkan kunci tukang bukak pintu..tapi, skrg...salu lambat..cam lah duduk berpuluh2 km jauhnya dari opis..
tetiap hari berazam nk sampai awal..tpi tatau la..jam rosak ke...aper ke...mesti lambat gaks..huhu...

Anonymous said...

baba dtg lambat ni, tak boleh den nolong' sbb den pun jenis dtg lambat, yg baik sikit ni sbb buat car pool, tapi kalau member cuti, lambat jugak jadinya. cam suri jugak walaupun bangun bab dtg keje tetap dtg 2,3 minit sebelum punch card merah.

atas jln hilang habis sopan santun, dan yg paling teruk traffic light pun dah buta warna, kalau merah pun jlnnnn, bukan kteh sorang, semua yg keje sini serupa (pasal traffic light tu kat tengah2 jln yg tak ada org sgt) tapi bila balik keje ptg2 jadi sopanlah sikit.

lupekanje said...

oooo..kak teh brutal yer...hahah...habaq kat tok polis...