Selamat menyambut Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan berbangsa Cina, Chong, Ping, Monic, Ah Fei, Kong, Tan, Hui, May, Jun, July dan lenlain....
Baru nak rancang cuti Tahun Baru Cina ni, aku nak habiskan keja2 yang tertangguh, asignment yang dah timbul, tetiba abang long lak tipon suh aku buatkan kek untuk diberikan kepada kawan cina dia. Alahaiii.... 2 bijik lagi tu...Kenapa la dia tak call petang raya cina tu suh buat! Last minute gak nyer keja! Kelam kalibut aku mencari buku kek dan senaraikan bahan nak beli. Kensel plan balik kampung semalam, terus pecut ke kedai cari bahan buat kek. Belek2 kat buku resepi aku nak buat kek lapis cheese cappucino dan lapis prune. Jenuh mencari buah prune kat kedai berdekatan tak jumpa, aku tukar buat lapis peppermint jer. Balik rumah keluarkan bahan dan pengadun kek, tetiba aku tak jumpa loyang lak. Nak tak nak aku pecut lagi ke kedai cari loyang 8x8 inci, pun tak jumapa. Terpaksa beli yang 9x9 inci. Beli lah dua, ermm lari bajet. Balik jer dari kedai aku teringat pernah simpan 2 bijik loyang 8x8inci dalam kotak di stor. Pehhh... aku selongakr, sahhhh ada. Uwaaaa... tapi tak apa, aku pujuk hati sendiri, bule dijadikan harta warisan turun temurun. Dan....... tengahari tadi, sicecep lak datang bawak 2 bijik loyang dari kampung yang aku simpan. Umang ai, bertambah lagi koleksi loyang aku!
Selepas maghrib tu, pojek kek pun mula. Aku ingat nak siapkan terus 2 bjik kek tu. So aku keluarkan oven dan guna microwave sedia ada. Penat tunggu nak buat lapis demi lapis tu. Aku ni bukan nya selalu buat kek sejak dua menjak ni. Zaman rajin mencuba dan membuat kek tu dah berlalu. Di Miri dulu aku rajin sebab dikelilingi kawan-kawan yang pakar kek lapis, eheh! Selepas berpindah randah tempat bertugas ni, dah 5 tahun aku jarang-jarang buat kek, nak beli jer. Buat bila rasa ada mood nak buat. Kalau time raya sejak kebelakangan ni banyak dapat kek ehsan dari adik dan ipar aku. Penah sekali tu aku beli dari seorang kawan, itupun sebijik. Kelakar pulak sebab dulu orang beli kat aku.
Aku ni bukanlah pakar sangat buat kek tapi tahu gak sedikit tata cara nak membuatnya. Kalau tak tahu aku call sepupu aku yang kat Miri atau sorang kawan aku yang kat Bintulu tu. Basic kek lapis ni senang jer, butter, telur, gula dan tepung dengan sukatan tertentu. Yang lenlain tu ubahsuai jer dengan bahan sedia ada.
Letih tak terkira, akhirnya siap jugak kek lapis tu dalam kul 1230 tengah malam. ermm tapi... hampir-hampir nak hangus lapisan terakhir cheese cappucino tu, sib baik selamat. Gara-gara mengantuk daaa... Lebihan bahan aku masukkan dalam loyang kecil. Taknak kek tu tinggi sangat.
Bahan-bahan yang diperlukan
adunan kek hijau ialah peppermint, coklat ialah cappucino dan putih ialah cheese
Masuk microwave dan oven sekalirap
untuk cantikkan lapisan, guna sterika kek ni
Dah siap!
Keja paling buhsan ialah mengemas semula dapur.
Kul berapa ntah aku terlelappp.... Macam tak leh bangun dah pagi tadi!
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sodapnya nampak kek tu...bagi la resepi kat sini...
Post a Comment