Seminggu dua ni aku baru duduk rumah ni sorang diri. Sicecep, dah balik dok kampung menemani kedua ayahbonda kat rumah. Kesian mereka berdua tu sunyi jer lepas abang yang kedua sekeluarga pindah rumah sendiri. Alaa bukan apa pun, sebenarnya Sicecep tu memang nak jumpa kawan-kawan dia kat kampung. Kat rumah aku ni biasalah penduduknya buat hal sendiri jer. Kawasan perumahan belakang rumah aku tu lom ramai yang pindah so sunyi gak kadang-kadang tapi tak sunyi dari kes rompakan yang berlaku sebulan sebelum ni. Nasib la rumah aku ok setakat ni. Itulah yang menakutkan sebenarnya bila dok sensorang!
Haa nak story gak kali pertama aku dok sensorang kat rumah ni pada malam hari tu 7 Januari 2009. Gate kat luar tu aku pasangkan 2 mangga, mangga ke 3 kat pagar pintu masuk rumah dan mangga ke 4 kat pintu dapur, errrmmm tak penah dalam idup aku rumah berkunci cen tuh! Aku tido kat bilik bawah jer, bilik atas tu jadi pameran jer. Satu-satunya senjata alat pertahankan diri sebilah parang , simpan lam sarung letak belakang pintu bilik tido, eheh! Malam tu.....Kakcennnn..... suri tak dapekkkk tidoooo, huwaaaaaaaaaaaaa..... Tak leh lelapkan mata, at last buka laptop dan online sampai kul 4 pagi, sembang dengan kawan. Sebelum ni aku biasa dok sensorang kat Miri dan Baram tu takde masalah apa pun, ntahlah duduk kawasan bandar ni lain rasanya, rumah ni lak luas semacam bila takde orang lain.
Dah seminggu begini, sampai sekarang paling awal aku dapat lelapkan mata kul 12 lebe sampai kul 1. Kul 5 pagi dah kena bangun awal lak. Perasaan risau tu dah kurang sikit, berserah dan bertawakalallah jer..... Hidup tetap diteruskan!
Wednesday, January 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
laaa..tk pasan suri hapdet blog nih...pehtu siap seru nama acik lak tuh..
ha....acik ni lagik takut....ader pak haji sorang kat sini dok kabo umah sini berantu..hampehs..
Post a Comment