Kali terkhir aku nak hapdetkan blog ni tertangguh sebab masaelah tu laaaa...
Minggu lepas aku dan ayahbonda dan family yang lain, ke airport kuching kul 4.15 pagi sebab hantar adik lelaki yang nombor dua bongsu tu, balik Jeddah setelah sebulan bercuti. Flight dia kul 6 pagi. First time aku pegi airport dinihari tu laaa, sunyi sepi, staf kat situ masih berdengkur lagi agaknya. Masa menunggu tu laaa amik gambar model kecik ni, buah hati pengarang jantung pisang. Maisarah 4 tahun. Kesian lak nengoknya sebab tak paham lagi daddy nya nak pegi jauh.
Sebenarnya susah sesaja nak amik gambar si sarah ni. Tak tau pulak pagi tu dengan rela hati mahu lak possing maut. Apa lagi layannn.....


Pesanan pada adik aku takde lain, jauhkan dari dari kelompok yang ada orang Amerika ker omputeh memana laaa.... sekarang perang kat palestine tu tak reda lagi. Nak buat camana, penempatan diorang kat Jeddah tu pulak memang ramai orang luar bahkan dia duduk serumah dengan sorang omputeh tu dulu sebelum pindah rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment