Saturday, October 4, 2008

Selamat Hariraya

Malam ni err pagi ni sebenarnya kul 138 AM dah........ kugagahi juga nak menulis sikit kalu tak bersawang lagi laaa.... Masuk raya ke 4 dah aku online time yang lebih kurang sama akhirnya berjaya gak aku mengetuk keyboard ni. Sebelum ni aku tertido depan laptop, ingat nak cari bahan buat assigment sambil hapdetkan blog ni. Sedar2 aku dah sejam dua terlelap! pehhh...!!! Citer raya kali ni kecoh, beraya kat rumah baru laa, aku bawak ler ayahbonda dan adik lelaki aku raya kat tempat baru. Aku balik kampung sehari sebelum raya, kemas sikit rumah kat kampung malam tu sampai kul 2 pagi. Selepas sembahyang raya angkut harta benda aku yang belum habis dibawa, hehehe! Rumah aku siap kemas ala kadar jer la almaklum baru pindah dan last minute plan nak raya kat situ. Wayar astro masih melintang atas lantai sebab tak sempat nak beli dan sambung kat sudut yang aku ubah. Lantaklaa!

Raya pertama relax jer, lom ramai tetamu cuma adik badik yang singgah. Sedara mara yang lain tak tau lagi lokasi rumah aku ni, bahkan tak tau pun aku pindah rumah. Raya pertama siap angkut ayahbonda sekali err tapi masa ni jer laa, nak duduk lama2 susah sikit, biasalah orangtua kan! Raya kedua hp aku dah mula panazzz sebab sedara mara yang datang kat kampung tak jumpa ayahbonda. Petang tu, tetiba lak ayahnda aku kena demam panas, siannn.... nampak gaya aku kena duduk rumah jer laa. Klinik lak tutup malam tu. Risau sungguh! Sib baik siang tadi dah bukak. Bila anak2 buah dia dapat tau, lagi ramai yang datang menjenguk. Selepas maghrib baru dia dapat bangun dan duduk bersembang macam biasa.... kalau tak, bangun semayang jer pastu terbaring. Haaa sampai laaa hari ni aku tak menang kaki tangan........

Terbantut jap menaip....ada bunyik kat pagar rumah aku isskkhh.......penceroboh ker?

Sekarang dah kul 233 AM harap2 esok aku leh sambung.....

3 comments:

lupekanje said...

oiit...rayer pertama dukla kampung..ader lak hangkut org tua tu gi duk umah baru...payahla depa nk jumpa sedara mara...ha...kan dah demam ayahanda tuh...
ok..take care...slamat ari raya.

Anonymous said...

selamat hari raya suri, tak buat kuih ke utk rmh baru, ke masak spesel2 nih...

Suri said...

kakcen, senornyer tahun ni mula trend angkut orgtua raya ikut turn, tahun depan kat rumah adik ppuan lak.

kakteh, raya kali ni saya buat 2 bijik jer kek lapis sbb dah ada 5 kek ihsan dr adik dan adik ipar, hehe! jom laa mai rumah!