Saturday, February 20, 2010

Khasiat daun pegaga

Satu lagi amalan terbaru sejak dua menjak ni ialah minum jus pegaga.....
belakang rumah pun adaaa!



Khasiat pegaga:
Menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda dan sebagai rawatan selepas bersalin.

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotlye asiatica ialah sejenis ulaman popular orang Melayu. Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, dengan meningkatkan tindakbalas, menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kajian terbaru menunjukkan pegaga memberi kesan yang positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan saluran darah dan kapilari. Ia juga telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Cara pemakanan: dibuat ulam, dibuat kerabu atau dibuat jus.

No comments: